
PUBG JALIN KERJASAMA DENGAN DUCATI – TAWAR DUCATI V4 S SERTA BARANGAN PERIBADI
PUBG (sebelum ini dikenali sebagai PlayerUnknown’s Battlegrounds) kini menjalin kerjasama bersama jenama motosikal mewah iaitu Ducati.
Kerjasama itu menawarkan pemain PUBG versi terkini (V2.6) untuk mendapatkan Ducati V4 S dengan pilihan warna merah, Black Phantom, Crimson Storm serta Swift Mirage.
Selain motosikal, pemain juga boleh memiliki pakaian rasmi yang diinsipirasikan daripada helmet Crimson Storm untuk digunakan semasa bertarung. Antara barangan tersedia ialah seluar Ducati Sport C2, jaket Ducati Speed Evo C2, kasut Ducati Corse City C2, sweatshirt Ducati dan beg galas Swift Mirage.

Bercakap mengenai kerjasama itu, Ketua PUBG MOBILE, Vincent Wang berkata, “Kami sangat teruja untuk membawa gear bertemakan Ducati Panigale V4 S atau Ducati secara am, ke dalam PUBG MOBILE.”
Menurut Ketua Pelesenan, Penjualan dan Penajaan Korporat Ducati, Alessandro Cicognani, beliau berharap pemain PUBG MOBILE dapat merasai pengalaman Ducati Panigale V4 S.
“Kami sangat gembira dengan kerjasama ini. Kami berharap Panigale akan memberi impak kepada pemain,” ujar Alessandro Cicognani.






