
212 HONDA CR-V DIPANGGIL SEMULA, MASALAH PELAMPUNG TANGKI BAHAN API PUNCA
Sebanyak 212 unit Honda CR-V yang dibina antara 24 hingga 29 September 2020 kini dipanggil semula di Amerika Syarikat.
Ia dikatakan berpunca daripada komponen pelampung tangki bahan api yang bermasalah disebabkan oleh teknik kimpalan yang tidak tepat.
Isu ini pertama kali dikesan pada Ogos 2021 di mana Honda menerima tuntutan waranti CR-V yang sukar untuk dihidupkan, dan terdapat beberapa lagi tuntutan melibatkan kenderaan yang sukar untuk dihidupkan, mati tiba-tiba atau bacaan tolok bahan api yang tidak tepat.
Berdasarkan siasatan, masalah ini berpunca daripada klip spring yang tercabut daripada tangki disebabkan oleh teknik kimpalan yang tidak betul, dan mampu menghalang pergerakan lengan pelampung tangki bahan api sehingga mengganggu bacaan pada tolok bahan api.
Mujur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku daripada isu yang berbangkit, disebabkan tiada sebarang amaran diberikan oleh sistem kenderaan kepada pemandu dan juga pemilik. – Carscoops

