Buletin

MITSUBISHI XFORCE JELAJAH LEMBAH KLANG MELALUI KEMPEN ROVING CLOUD

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, memperkenalkan kempen Mitsubishi Xforce Roving Cloud bagi mengetengahkan ciri pemanduan yang membantu meningkatkan keyakinan pengguna ketika berdepan keadaan jalan basah.

Berlangsung dari 16 Oktober hingga 29 November 2026, kempen ini akan membawa Mitsubishi Xforce ke beberapa lokasi tumpuan di sekitar Lembah Klang pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Menerusi inisiatif ini, orang ramai berpeluang melihat lebih dekat SUV berkenaan melalui sebuah paparan awan bergerak yang dilengkapi mekanisme titisan air.

Konsep tersebut direka untuk menggambarkan keupayaan Xforce dalam menghadapi keadaan jalan yang licin akibat hujan.

Pengunjung di lokasi terpilih turut berpeluang mencuba sendiri kenderaan berkenaan menerusi sesi pandu uji yang disediakan sepanjang kempen berlangsung.

Antara ciri utama diketengahkan ialah mod Wet, yang didakwa sebagai ciri pertama seumpamanya dalam kelasnya. Sistem ini berfungsi bersama teknologi Active Yaw Control (AYC) bagi membantu meningkatkan kestabilan dan kawalan kenderaan ketika dipandu di atas permukaan jalan basah.

Kempen Roving Cloud akan memulakan jelajahnya di Subang Jaya pada 16 Oktober, diikuti Shah Alam pada 17 Oktober dan Klang pada 18 Oktober.

Pada minggu berikutnya, Xforce akan mengunjungi Petaling Jaya, Mont Kiara dan Kepong, masing-masing pada 23, 24 dan 25 Oktober.

Dari 30 Oktober hingga 1 November, kempen ini turut dijadualkan berlangsung bersempena acara ACE di Setia Alam.

Jelajah akan diteruskan di Taman Desa, Bukit Bintang dan Setapak pada 13 hingga 15 November, sebelum singgah di Puchong, Bukit Jalil dan Cheras dari 20 hingga 22 November.

Sebagai penutup, Xforce Roving Cloud akan memeriahkan Karnival Jom Heboh di Stadium Merdeka dari 27 hingga 29 November 2026.

Orang ramai boleh melayari laman mikro rasmi kempen Xforce Roving Cloud untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi tepat, waktu kemunculan serta sebarang perubahan jadual.

PELUANG MEMENANGI HADIAH MENARIK

Selain pengalaman melihat Xforce secara dekat, pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah menerusi pertandingan Xforce Roving Cloud: Snap & Win.

Penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berjaya menemui paparan awan bergerak berkenaan. Peserta hanya perlu mengambil gambar bersama Roving Cloud, kemudian memuat naiknya ke Instagram Stories atau Facebook Stories dengan tanda pagar #XforceRovingCloud.

Peserta juga diwajibkan mengikuti serta menandakan akaun rasmi Mitsubishi Motors Malaysia di Instagram atau Facebook bagi melengkapkan penyertaan.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua pusingan, iaitu dari 16 Oktober hingga 1 November 2026 dan 13 hingga 30 November 2026.

Pemenang bagi pusingan pertama akan diumumkan pada 6 November, manakala keputusan pusingan kedua menyusul pada 3 Disember 2026.

Sebanyak 20 penyertaan akan dipilih sebagai pemenang untuk menerima hadiah eksklusif dengan nilai keseluruhan sehingga RM10,000.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk kotak penyimpanan perkhemahan, kotak penyejuk, troli perkhemahan, kerusi utiliti Poler, tilam angin perkhemahan serta pin Touch ‘n Go bernilai RM50.

Melalui kempen ini, Mitsubishi Motors Malaysia bukan sahaja mahu mendekatkan Xforce kepada pengguna tempatan, malah memberi peluang kepada orang ramai mengenali ciri keselamatan dan teknologi pemanduan yang ditawarkan, khususnya ketika berhadapan cuaca hujan.

Google ads
Back to top button