Buletin

JUALAN HEBAT SIME MOTORS: REBAT SEHINGGA RM52,000 – BERLANGSUNG 16 HINGGA 18 OKTOBER INI

Sime Motors menganjurkan acara Jualan HEBAT selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Oktober ini di Sime Motors City, Ara Damansara, dengan pelbagai promosi, rebat tunai dan pakej pembiayaan menarik bagi pembelian kenderaan baharu serta pramilik.

Acara yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang itu menghimpunkan pelbagai jenama di bawah portfolio Sime Motors, termasuk BMW, MINI, BMW Motorrad, BYD, DENZA, Hyundai, Ford dan Volvo.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang meninjau kenderaan pramilik menerusi Auto Selection dan EV NEXT.

Selain tawaran harga istimewa, pengunjung boleh melakukan pandu uji, mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar produk serta menikmati kemudahan tukar beli dan overtrade.

Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang acara juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM40,000, termasuk iPhone 18 Series dan hadiah premium lain.

Bagi jenama BMW, pelanggan boleh menikmati rebat tunai khas, kadar pembiayaan serendah 1.68 peratus serta pakej servis dan baik pulih terangkum selama lima tahun.

MINI pula menawarkan rebat tunai, kadar pembiayaan serendah 0.88 peratus, mesin kopi Nespresso Vertuo dan pelekat kereta percuma.

Peminat motosikal BMW Motorrad turut boleh menikmati kadar pembiayaan serendah 2.99 peratus serta rebat sehingga RM15,000 bagi model terpilih.

Sementara itu, pembeli BYD berpeluang menerima rebat alu-aluan sehingga RM500 bagi setiap tempahan sepanjang acara, selain promosi bagi model terpilih dengan rebat antara RM7,000 hingga RM16,000.

Bagi jenama premium DENZA, model Z9 GT akan dipamerkan kepada pengunjung, manakala DENZA D9 ditawarkan dengan rebat sehingga RM50,000.

Hyundai menawarkan penjimatan sehingga RM52,000 bagi model terpilih, termasuk sokongan tukar beli dan overtrade atau perkhidmatan percuma sebanyak lapan kali. Rebat tunai RM2,500 turut disediakan bagi kenderaan yang baru dilancarkan.

Ford pula menawarkan rebat sehingga RM22,000 bagi model terpilih, manakala pelanggan Volvo boleh menikmati penjimatan sehingga RM25,000 untuk model tertentu.

Unit demonstrasi Volvo EX30 yang terhad turut ditawarkan pada harga bermula RM148,000, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Bagi pembeli kenderaan elektrik (EV), acara ini turut menyediakan akses kepada penyelesaian pengecasan dan manfaat pemilikan berkaitan.

Pelanggan yang memilih kenderaan pramilik melalui Auto Selection dan EV NEXT pula boleh mendapatkan unit terpilih dengan pakej servis percuma selama 10 tahun menerusi Drivecare.

Jualan HEBAT Sime Motors turut menjadi platform untuk pelanggan mendapatkan maklumat mengenai pilihan pembiayaan, perkhidmatan selepas jualan dan kemudahan pemilikan kenderaan mengikut keperluan masing-masing.

Orang ramai boleh mengunjungi Sime Motors City, Ara Damansara, dari 16 hingga 18 Oktober ini, antara jam 9 pagi hingga 6 petang, untuk menikmati tawaran yang disediakan sepanjang acara berkenaan.

Google ads
Back to top button