
4 DEKAD PEGANG JAWATAN. AKHIRNYA PENGERUSI SUZUKI UNDUR DIRI PADA USIA 91 TAHUN
Pengerusi Suzuki Motor Corp, Osamu Suzuki yang berusia 91 tahun akan melepaskan jawatan pada Jun ini.
Jawatan tersebut akan diberikan kepada anaknya, Toshihiro Suzuki yang merupakan Presiden dan CEO, syarikat pengeluar kenderaan terbabit.
Suzuki berkata dia meletak jawatan bagi memberi laluan kepada tampuk baharu mengharungi peralihan kenderaan elektrik dan cabaran daripada syarikat baharu berkecimpung dalam industri automotif seperti Apple dan Tesla.
Bagaimanapun, beliau berkata akan memainkan peranan sebagai penasihat dalam syarikat berkenaan.

“Saya tidak akan lari mahupun berdiam diri,” kata Suzuki.
Beliau menambah, akan sentiasa aktif di dalam syarikat diasaskan oleh datuk kepada isterinya.
Suzuki merupakan syarikat automotif keempat terbesar Jepun mengumumkan pelaburan bernilai 1 trilion yen (RM45 juta) dalam memberi tumpuan kepada teknologi elektrik untuk tempoh lima tahun.

“Keutamaan akan diberikan kepada neutral karbon. Suzuki tidak boleh ketinggalan dalam trend global ini,” kata Toshihiro Suzuki.
Pengumuman tersebut dilakukan selepas Honda melantik CEO baharu, Toshihiro Mibe. – carscoops.
- BACA: SUZUKI SWIFT GENERASI KE-5 LANCAR TAHUN DEPAN. 2 PILIHAN ENJIN, MUNGKIN GUNA PLATFORM BAHARU
- BACA: SUZUKI HAYABUSA 2021. LEBIH AERODINAMIK, 187HP, TOP SPEED 300KM/J
- BACA: SUZUKI LANCAR SWIFT FACELIFT DI THAILAND. 2 VARIAN, ENJIN N/A 1.2L, BERMULA RM75,200
- BACA: RAMPASAN KUASA DI MYANMAR, SUZUKI HENTIKAN SEMENTARA OPERASI DUA KILANG DI YANGON