Buletin

41 KERETA, 3 JET SKI, ATV, MOTOSIKAL MILIK BEKAS KETUA POLIS MEXICO CITY KENA RAMPAS

Pihak berkuasa merampas koleksi 41 kereta, 3 jet ski, ATV dan motosikal milik bekas Ketua Polis Mexico City di rumahnya berhubung siasatan dakwaan penyalahgunaan dana.

Pada awal tahun, Raymundo Collins dituduh menggelapkan sekurang-kurangnya AS$331,000 (RM1.3 juta) semasa bertugas seabgai pengarah Housing Institute Mexico City, sebelum pihak Interpol mengeluarkan notis merah mengarahkan penangkapan individu tersebut.

Selain itu, Collins  turut disiasat atas kesalahan membeli hartanah di Alvaro Obregon secara tidak sah dan dikenakan denda dengan nilai bersamaan transaksi dilakukan sebanyak AS$15.1 juta (RM 62 juta).

Koleksi kenderaan Collins termasuk beberapa model klasik seperti dua generasi Ford Mustang, C3 Corvette, Cadillac Eldorado 1959, Lincoln Cosmopolitan 1951, Ford Model T 1927 dan Land Rover Defender klasik.

Dia mula berkhidmat sebagai ketua polis pada Julai 2018 sebelum berhenti pada Disember 2018.

Sebelum ini, mahkamah Mexico City mengeluarkan waran tangkap pada 8 September lalu tetapi dipercayai dia menyembunyikan diri di Amerika Syarikat.

Berikutan itu, pihak Pejabat Peguan Mexico menfailkan permintaan ekstradisi dengan Amerika Syarikat untuk memberkas bekas ketua polis Mexico terbabit. – agensi.

Google ads
Back to top button