
MCLAREN 620R DIRAMPAS KERANA ‘MENYAMAR’ SEBAGAI PORSCHE CAYMAN
Pembelian kereta-kereta eksotik sememangnya menelan belanja yang bukannya sedikit dan sebab itulah tidak ramai yang mampu memilikinya. Malah jika anda berada di Filipina, cukai impotnya sahaja adalah melebihi kos yang anda bayar untuk memilikinya di UK. Ini kerana jika sesebuah kenderaan dikelaskan sebagai ‘kereta mewah’, cukai impot yang dikenakan keatasnya adalah cukup tinggi.

Untuk membawa masuk sebuah McLaren 620R contohnya memerlukan pembeli yang bersedia untuk berpisah dengan 16,771,688.91 peso yang merupakan cukai import untuk kereta ini. Tapi nampaknya ada seorang pembeli yang mempunyai perancangan bijak. Bijak ke?
Pembeli ini mengunakan akal bijaknya dan mengisytiharkan kereta tersebut sebagai sebuah Porsche Cayman baharu kerana bentuknya yang seakan-akan sama. Kononnya la.

Ia akan merendahkan bayaran cukai import kepada 1.5 juta peso (dah jimat hampir 15 juta peso kat situ). Tapi malangnya buat si pembeli, kereta tersebut telah didapati bukan sebuah Porsche Cayman oleh pihak kastam sewaktu membuat pemeriksaan di pelabuhan Manila.
Habis la bila dah kantoi. Kita dah pernah lihat kan apa yang pernah terjadi kepada kereta mewah kat sana bila dah kena sita. Sedih oo kena lenyek dengan bulldozer macam tu je.

Yang pembeli ni pun satu, takkan la dia ingat kastam tu tak tahu sangat nak bezakan jenis kereta. Dalam-dalam ramai-ramai anggota kastam takkan la tak ada kaki kereta. Dah la ini supercar alaf baharu. Tak pandai tak apa janji kaya, ke macam mana?
BACA: SAKSIKAN SEBUAH FERRARI 360 SPIDER DILUPUS JENTERA BERAT DI FILIPINA