Buletin

46 PENDATANG HARAM MAUT DALAM TRELER AKIBAT STROK HABA

Seramai 46 orang dipercayai pendatang haram ditemui mati dalam sebuah treler di San Antonio, Texas pada awal minggu ini, menurut pegawai penguat kuasa undang-undang Texas, Amerika Syarikat (AS).

Manakala, seramai 16 orang lagi termasuk empat kanak-kanak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tiada kanak-kanak dalam kalangan mereka yang ditemui mati, kata pegawai itu.

Penemuan itu adalah antara kejadian terburuk kematian melibatkan migran dalam sejarah. Ia berlaku di tengah-tengah peningkatan penghijrahan pendatang haram ke AS merentasi sempadan selatannya.

Ketua Bomba San Antonio, Charles Hood berkata, badan mereka yang ditemui masih hidup terasa panas apabila disentuh dan mengalami strok haba serta keletihan. Kejadian itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa AS. – Agensi

Google ads
Back to top button