KANVAS LORI TERCABUT, PENUNGGANG MOTOSIKAL NYARIS MAUT DIGILIS TRELER
Dua orang penunggang motosikal berdepan detik apabila sehelai kanvas yang diikat pada sebuah lori tertanggal dan menyelimuti mereka.
Keadaan itu menyebabkan penunggang berkenaan hilang kawalan sebelum melanggan tayar sebuah treler sebelum mereka berdua terjatuh di atas jalan. Walaupun situasi tersebut cukup mendebarkan, mujurlah mereka masih boleh bangun tidak lama kemudian.
Lebih menyakitkan hati lori terbabit langsung tidak berhenti dan hanya meneruskan perjalanan. Sama ada pemandunya tidak sedar atau mengambil keputusan untuk melarikan diri tidak dapat dipastikan.
Klip video yang dirakam oleh kamera dachcam sebuah kereta dan dikongsi oleh Facebook Sukan Star TV itu tular di laman sosial. Kejadian dipercayai berlaku di laluan menghala ke Putrajaya dari arah Puchong.
Insiden tersebut pantas mendapat perhatian orang ramai yang mengecam tindakan pemandu lori tersebut kerana tidak mengikat kanvas dengan betul.
“Kalu kena kat aku, aku saman terus.. Dari company (syarikat) sampai ke driver (pemandu).. Banyak pampasan boleh dapat ni. Nyaris mati bawah lori. Harap mangsa dipermudahkan urusan dan cepat sembuh,” kata Alexander.
“Pemandu lori cuai, patut kenderaan lain bagi isyarat pada lori tu supaya berhenti untuk baiki benda tu. Nasib baik tak cedera parah atau meninggal,” kata Razaly.
“Pernah kena kejadian seperti ini tapi saya hon banyak kali lori tu. Mula-mula dia ingat kita nak gaduh, dia buat muka je. Kemudian baru dia perasan, dia berhenti tepi ikat balik bagu kemas. Kalau tak tegur mungkin jadi sebegini. Tolong alert sebab akan melibatkan nyawa orang lain,” kata Shafiq.
Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 2,000 kali. – K! ONLINE
- BACA: KERETA API LALU BAWAH JAMBATAN RENDAH, NILAI KEROSAKAN KERETA FORD CECAH RM8.2 JUTA
- BACA: KERETA API LAJU INDONESIA MULA OPERASI TAHUN DEPAN
BACA: PAKAI TOPI KELEDAR BERKUALITI TINGGI – LELAKI INI SELAMAT WALAUPUN KEPALA DIGILIS LORI! - BACA: HERO MUMBAI SELAMATKAN KANAK-KANAK DARIPADA DIGILIS KERETA API