Buletin

7 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG FORD RANGER SERBA BAHARU

Pandemik Covid-19 benar-benar telah mengubah hampir segenap kehidupan kita. Kini, di fasa endemik dan menuju ke arah pemulihan, tiba masanya untuk kita bangkit kembali; untuk menilai semula keutamaan dalam hidup, untuk mencari cara hidup baru yang memenuhi setiap aspirasi kita tentang kualiti hidup serta untuk benar-benar merealisasikan keseimbangan dalam kerja, keluarga dan riadah.

Jika anda seorang penggemar kereta yang berkeinginan untuk pergi lebih jauh dalam setiap perkara, sama ada kerjaya, kembara ke lokasi di luar kebiasaan, atau hanya bersiar-siar di hujung minggu bersama keluarga dan rakan yang berkongsi minat yang sama, atau ketika terlibat dalam khidmat masyarakat, anda pasti berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Ford Ranger generasi baru ini.

Ia adalah model Ranger yang paling pintar, dengan pelbagai kemampuan dan serba boleh, direka untuk memberi ilham kepada pemilik generasi baru untuk meneroka jalan sendiri dan pastinya, menjalani Kehidupan Ranger sepenuhnya.

Berikut tujuh perkara yang anda perlu tahu tentang Ford Ranger generasi baharu:

1. Teman gaya hidup Ranger paling dipercayai

Ford Ranger sentiasa mendahului bukan saja dalam segmen pikap, malah sebagai kenderaan gaya hidup serba lengkap. Namun, apa yang benar-benar membezakannya dengan kenderaan lain adalah semangat yang teguh, keghairahan dalam menjalani kehidupan dan nilai yang dikongsi oleh mereka yang bercita-cita untuk memilikinya.

Sebagai teman setia untuk kerja, keluarga dan riadah, Ranger memberikan platform untuk anda menyertai komuniti yang mempunyai minat sama yang turut senang meneroka jalan sendiri.

Anda juga boleh memupuk persahabatan, menikmati pengalaman bersama dan meneroka horizon baru menerusi platform dan komuniti Ford Ranger Getaways.

2. Skrin maklumat infotainmen besar dengan paparan kamera 360-darjah

Apa yang meletakkan Ford Ranger generasi baru jauh di hadapan adalah teknologi tahap tinggi dan terangkum, yang pastinya akan membolehkan anda meneroka jalan anda sendiri.

Teras penghubung Ranger ialah skrin sentuh maklumat infotainmen besar yang pertama dalam kelasnya bersaiz 10.1 inci atau 12 inci, yang menampilkan sistem komunikasi dan hiburan paling canggih, SYNC 4A.

Kini anda boleh menikmati ruang lebih besar untuk skrin tunjuk arah. Pada masa sama tetap ada ruang yang cukup di bahagian bawah untuk menu lain, seperti kawalan maklumat cuaca dan hiburan. 

Selain itu, dengan kamera 360-darjah untuk WildTrak, cabaran untuk parkir di ruang sempit di bandar, menangani permukaan bumi yang sukar serta jalan sempit kini bukan lagi satu masalah.

3. Kluster instrumen digital

Ranger generasi baru tidak lagi menggunakan panel instrumen analog untuk maklumat seperti speedometer. Sebaliknya, dengan panel instrumen digital, anda akan dapat mengawal lebih banyak maklumat dengan lebih mudah, di saat anda dengan lancar beralih antara kegunaan keluarga, kerja dan riadah.

Anda boleh mengubah dan menyusun sendiri panel digital, termasuk memilih grafik dengan pilihan avatar realistik mengikut mood anda pada satu-satu masa.

4. Keselamatan generasi seterusnya

Tanpa mengira sama ada anda sedang bekerja, bersama keluarga mahupun beriadah, keselamatan adalah hal paling utama. Nama Ranger sentiasa di depan dengan  penambahan barisan ciri keselamatan dan sistem bantuan pemandu maju (ADAS).

Dengan lebih penawaran ciri perlindungan kemalangan serta ADAS dalam Ranger generasi baharu ini, anda akan berasa lebih selamat dan yakin ketika berada di jalan raya mahupun di mana saja.

Beberapa ciri bantuan pemandu terkini dan sangat berguna untuk model ini termasuklah Evasive Steer Assist, Lane Change Warning and Aid, Adaptive Cruise Control dengan Stop-and-Go dan High Beam Assist.

5. Rekaan dalaman baru, seperti berada di dalam SUV premium

Hanya kerana anda memiliki pikap, tidak bermakna anda perlu berasa seperti sedang memandu trak.

Ford Ranger generasi baru menampilkan rekaan dalaman baru dan bahan permukaan lembut, serta kabin yang lebih luas dan selesa berbanding model sebelum ini. Anda akan berasa seperti berada dalam sebuah SUV premium sudah tentu, anda dapat lakukan lebih banyak perkara dan menikmati banyak kelebihan lain dengan Ranger.

6. Lebih menonjol dengan rekaan luaran baru yang berani

Ford Ranger generasi baru ini menampilkan rekaan luaran yang lasak dan mendominasi. Walaupun bersahaja, pasti ramai yang terpikat dengannya.

Dari gril baharu dengan lampu depan LED serta matriks bentuk C baru untuk varian terpilih, hinggalah kepada pelindung tayar yang menonjol dan palang gril bahagian atas yang kukuh, keyakinan anda ketika memandu pastinya sama seperti apa yang ditunjukkan oleh ciri luaran ini.

7. Kuasa dan prestasi

Sebagai kenderaan serba boleh untuk kerja, keluarga dan riadah, pemilik Ranger sudah biasa untuk meneroka sehingga melangkaui batasannya.

Jika anda pemilik perniagaan kecil atau mengendalikan barisan kenderaan komersial, enjin diesel turbo tunggal empat-silinder sebaris Ford yang sudah terbukti ini adalah yang paling ideal untuk membantu anda.

Sementara itu, jika anda perlukan lebih kuasa tetapi inginkan penjimatan minyak, enjin bi-turbo yang lebih canggih adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan, enjin ini mampu menjana kuasa maksimum 210PS dan tork 500Nm.

Maklumat dan kemas kini lanjut

Anda juga mungkin berminat untuk tahu bahawa SDAC akan menganjurkan siri jelajah di seluruh negara untuk Ranger generasi baru ini sebelum pelancaran rasminya.

Jika mahu diundang ke acara pertama di bandar berdekatan, anda boleh daftar di sini untuk mendapat jemputan eksklusif. Anda juga akan menerima kemas kini secara berkala. Tarikh dan lokasi pelancaran adalah seperti berikut:

  • 3-7 Ogos: Pulau Pinang – Queensbay Mall, Centre Court
  • 10-14 Ogos: Johor Bahru – Toppen Shopping Centre, Ground Floor
  • 7-11 September: Kuching – Vivacity Megamall Centre Atrium
  • 5-9 October: Kota Kinabalu – Suria Sabah Shopping Mall Main Atrium

Maklumat lanjut berkenaan Ranger generasi baru dan jadual acara pelancaran, SDAC dan Ford, anda boleh ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube Ford Malaysia atau layari www.sdacford.com.my.

GALERI

Google ads
Back to top button