" "
Artikel Pilihan

PROTON SAGA 2022. KEKAL RELEVAN HINGGA KINI

Proton Saga sebenarnya merupakan model generasi ketiga yang dilancarkan pada tahun 2016 dan menerima proses naik taraf signifikan pada tahun 2019.

Selari dengan kehendak pengguna dan persaingan, Proton Saga sekali lagi menerima proses Minor Change (MC) bagi memastikannya kekal relevan dan bergaya.

Sekiranya anda mencari sebuah kereta sedan mampu milik dengan enjin empat silinder, nah ini dia Proton Saga untuk anda dengan harga permulaan hanya RM34,400 bagi versi manual. Jika anda ada kemampuan, terus saja ke varian 1.3 Premium S AT yang berharga RM44,300.

Pada harga itu, pastinya anda boleh berjimat dengan banyak kerana bayaran bulanan yang rendah. Bukan itu sahaja, Proton Saga juga terkenal dengan harga alat ganti yang mesra poket pemiliknya.

Memandangkan Saga sudah 37 tahun berada di pasaran, mencari alat ganti aftermarket bukanlah sesuatu yang sukar. Jadi, tidak perlu pening kepala jika anda memerlukan apa jua komponennya.

Malah, dengan membayar harga itu, bukan bermakna anda membeli sebuah kereta dengan bampar hitam, rim besi dan cermin sisi manual.

Sebaliknya anda menerima sebuah sedan mampu milik yang lengkap dengan lampu nyalaan siang LED bergaya, skirting sisi, skirting depan dan set rim sport bersaiz 15 inci serba baharu.

Rekaan luaran nampak sporty dengan penambahan kemasan warna merah merentangi jeriji atas. Antara ciri moden lain yang ditambah termasuklah ruang kargo belakang yang boleh dibuka dengan menggunakan butang pada pintu kargo.

Secara keseluruhannya, gayaan Proton Saga baru kelihatan lebih eksklusif dan sporty berbanding versi 2019.

Proses memodenkan sedan tersebut diteruskan lagi dengan ciri kemasukan tanpa kunci yang membenarkan anda membuka pintu dengan hanya menekan butang pada tombol pintu kereta. Kunci manual pula digantikan dengan suis penghidup enjin yang lebih menarik dan mudah digunakan.

Tombol rotari penyaman udara pula digantikan dengan unit serba baru yang lebih elegen. Kusyen dan stering dibalut kemasan kulit, manakala 3 poin USB, kemasan berwarna merah pada corong penyaman udara serta pelapik kaki menjadikan perjalanan anda lebih selesa dan menyeronokkan.

Selain ketersambungan unit multimedia ke telefon pintar, Proton Saga 2022 juga menawarkan perjalanan yang lebih selesa berbanding pesaingnya dengan ciri stereng yang boleh diubah ketinggian mengikut keselesaan pemandu.

Tambah menyeronokkan apabila Proton Saga dipandu melalui jalan yang berselekoh, ketegaran cesi yang dipertingkatkan dengan pemasangn bar penstabil menawarkan kualiti pemanduan yang sangat stabil. Tetapi pada masa yang sama, keselesaan penumpang tidak diabaikan dengan penyerap hentak yang berupaya menyerap segala kecacatan jalan raya begitu baik.

Sebagai sebuah sedan yang sering dijadikan kenderaan keluarga, Proton Saga menawarkan ruang kargo yang luas untuk pemandu pulang ke kampung, membawa barang atau sebagainya.

Satu ciri baharu yang ada ialah ‘reminder’ pada skrin infohibur apabila enjin dimatikan. Pemandu diingatkan supaya tidak meninggalkan anak, beg, komputer riba atau barangan berharga lain. Dah macam kereta mahal..

Proton Saga ialah model paling mampu milik yang ditawarkan dengan ciri Kawalan Kestabilan Elektronik, mengawal kenderaan dalam situasi kecemasan yang memerlukan. Ia juga lengkap dengan dua beg udara, kamera undur dan sensor parkir di depan dan belakang.

Senang cakap, semua ini menjadikan Proton Saga 2022 sebuah kereta sedan yang boleh diharap, seronok dipandu sama ada ke tempat kerja atau pulang bercuti dan menempuh perjalanan jauh dengan selesa.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan sebuah untuk kegunaan anda dan keluarga. Pasti tidak menyesal.

GALERI

Google ads
Back to top button