
PROJEK LEBUH RAYA BUNDELKHAND, INDIA RM16.7 JUTA. HUJAN BARU 5 HARI DAH JAHANAM
Ahli Parlimen BJP, Varun Gandhi dilapor telah mengkritik pembinaan lebuh raya Bundelkhand kerana kemudahan itu rosak teruk akibat hujan lebat.
“Jika lebuh raya yang dibina dengan kos Rs 15,000 crore (RM16.7 juta) tidak mempu menahan hujan selama lima hari, maka persoalan serius yang timbul adalah mengenai kualiti jalan tersebut,” kata Varun Gandhi di Twitter bersama-sama dengan video yang menunjukkan kerosakan lebuh raya tersebut.

Gandhi dalam tweetnya juga menggesa ketua projek, jurutera dan syarikat yang bertanggungjawab dipanggil, seterusnya diambil tindakan.
Lebuhraya Bundelkhand sepanjang 296km menghubungkan kampung Gonda di daerah Chitrakoot dengan kampung Kudrail di Lebuhraya Agra–Lucknow di daerah Etawah itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi pada 16 Julai lalu.
Sebahagian lebuh raya berkenaan mengalami lubang sedalam satu setengah kaki akibat hujan di Chhiriya Salempur di daerah Jalaun. Namun, pegawai berkata ia akan segera diperbaiki dan kembali dibuka kepada lalu lintas.
Ketua Parti Samajwadi, Akhilesh Yadav menuduh wujud isu rasuah dalam projek itu. Manakala kongres UP berkata kerajaan negeri gagal dalam janjinya untuk memberikan jalan tanpa lubang.
Varun Gandhi sering menimbulkan persoalan mengenai pelbagai isu sejak kebelakangan ini terhadap kerajaan yang dipimpin oleh partinya sendiri.