ANDA KINI BOLEH BELI FORD MUSTANG MACH 1 JOHN WICK. HARGA BERMULA RM712,400
Bengkel yang berpangkalan di Oklahoma, Amerika Syarikat, Classic Recreations telah menjalin kerjasama dengan Ford Motor Company untuk memberi peluang kepada peminat membeli Ford Mustang Mach 1 yang dipandu oleh John Wick.
Replika kereta yang dipandu oleh pelakon terkenal Keanu Reeves itu ditawarkan pada harga bermula AS$169,000 (RM712,400).
Ford secara rasmi memberi kebenaran kepada Classic Restorations untuk membina Mustang Mach 1 buatan tahun 1969-1970.
Jentera yang dikenali sebagai The Hitman itu dibina menggunakan chasis dan teknologi rangkaian kuasa terkini, selain alat-alat ganti tulen Ford.
Pelanggan boleh memilih badan asal Mustang 1969-1970 atau badan kereta baharu yang dilesenkan oleh Ford. Pelanggan juga diberi pilihan warna luaran yang mereka ingini seperti hitam, merah, emas, kuning dan biru.
Jentera itu bakal dikuasakan oleh enjin Coyote V8 bersesaran 5.0 liter yang mampu menjana 1,000hp bersama transmisi manual atau automatil Tremec, Boss 302 intake, tayar berprestasi tinggi dan komponen Mach 1.
- BACA: RISAU RIM DICURI? FORD BUAT NAT DARI SUARA PEMILIK!
- BACA: TEMPOH PERJANJIAN TIDAK BOLEH JUAL SEMULA TAMAT. HARGA FORD GT TERUS MELAMBUNG
- BACA: FORD RAPTOR V8 – HASIL KACUKAN RANGER DAN MUSTANG
- BACA: PEKERJA FORD AKHIRNYA BUKA MULUT. TRANSMISI KLAC BERKEMBAR POWERSHIFT MEMANG ADA MASALAH
GALERI