Buletin

RISAU RIM DICURI? FORD BUAT NAT DARI SUARA PEMILIK!

Kes kecurian rim sememangnya menyakitkan hati. Dalam mencegah perbuatan tersebut tindakan yang biasa dibuat ialah menggunakan nat kekunci untuk setiap roda.

Langkah itu bagaimanapun tetap mempunyai risiko kerana penyesuai (adapter) atau kunci nat yang boleh didapati dari pasaran.

Menyedari hakikat tersebut, Ford telah membangunkan satu kaedah unik dengan menggunakan teknologi cetakan 3D.

Apa yang luar biasa ialah corak kekunci dan penyesuai nat yang dicetak mengikut suara pemilik kenderaan.

Nat itu dibuat secara bersama dengan EOS, peneraju dalam bidang pembuatan daripada data model 3D.

Sama seperti imbasan anak mata atau cap jari, suara seseorang individu boleh digunakan sebagai identiti biometrik yang unik. 

Kaedahnya tidak sukar, jurutera akan merakamkan suara pemilik kenderaan dengan kata-kata ringkas seperti “Saya memandu Ford Mustang”.

Suara atau gelombang bunyi tersebut kemudian ditukar menggunakan perisian khas bagi menghasilkan satu corak fizikal dan boleh dicetak.

Corak itu kemudian ditukar kepada bulatan dan digunakan sebagai rekaan untuk identiti nat dan kuncinya.

Nat dan kunci tersebut dicetak secara 3D menggunakan besi keluli tahan dan asid. Setelah siap, nat dan kunci diasingkan untuk digosok (grind) sebelum boleh digunakan.

Reka bentuk yang dihasilkan juga mempunyai satu lagi tahap keselamatan supaya nat tidak boleh diklon atau disalin.

Corak nat yang unik menghalang pencuri daripada menggunakan lilin (wax) dalam membuat replika atau salina.

Lilin tersebut akan patah apabila ditarik keluar daripada nat.

Satu lagi kaedah unik apabila pemilik boleh memilih corak nat mengikut pilihan sendiri seperti logo Mustang, nama awalan atau litar lumba!

Kepada yang tertanya apa jadi apabila nat loose atau tidak boleh dibuka? Biasanya nat akan dikimpal dengan besi asing dan kemudian pusing seperti biasa.

Google ads
Back to top button