,
Buletin

TEMPOH PERJANJIAN TIDAK BOLEH JUAL SEMULA TAMAT. HARGA FORD GT TERUS MELAMBUNG

Biasanya, nilai sesebuah kereta akan semakin menurun mengikut masa. Sama ada jenama mewah ata model mampu milik, semuanya tidak dapat lari daripada hakikat itu. 

Biarpun begitu, masih ada beberapa model yang harganya tidak pernah jatuh, malah semakin naik saban tahun. Antara model yang mempunyai nilai tinggi ialah Ford GT.

Supercar Amerika itu kini dilihat dilihat ditawarkan pada harga tidak masuk akal, malah ada kalanya tiga kali ganda berbanding harga ketika ia mula dijual. 

Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada lojankan harga Ford GT terpakai. Ketika generasi kedua Ford GT dilancarkan pada tahun 2017, pembeli perlu menandatangani penjianjian yang menyatakan mereka tidak boleh menjualnya dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. 

Masuk tahun 2020, perjanjian itu sudahpun tamat dan para pemilik Ford GT terus mengambil kesempatan menjual model edisi terhad itu.

Baru-baru ini, sebuah Ford GT dilelong oleh firma lelongan RM Sotheby’s pada harga AS$923,500 (RM3.75 juta). 

Untuk rekod, Ford GT dijual pada harga bermula AS$450,000 (RM1.83 juta) sebelum ini. Tetapi, bukan mudah untuk membeli model ini kerana Ford ada membuat proses pemilihan pembeli bagi model buatan tahun 2017/218. 

Jualan oleh RM Sotheby’s bukanlah satu-satunya GT yang berjaya dilelong pada harga sebuah pangsapuri mewah di New York. Firma lelongan Barrett-Jacksom sebelum ini pernah menjual dua unit Ford GT pada harga AS$1.2 (RM4.8 juta) dan AS$1.5 juta (RM6 juta), walaupun harga itu tidak termasuk komisen sebanyak 10 peratus yang dikenakan oleh firma berkenaan. 

Jualan Ford GT naik sebanyak 82 peratus kepada 229 unit. Ford dilihat membuat keputusan tepat dengan meningkatkan pengeluaran kepada 1,350 unit menjelang tahun 2022, biarpun hanya 600 unit sahaja yang telah diserahkan setakat ini. 

Persoalannya sekarang adalah model terpakai GT akan terus naik harga? Nampaknya, kegilaan itu mungkin bakal berakhir.

“Saya fikir harganya tidak akan naik dalam tempoh dua tahun akan datang. Malah mungkin akan turun, sukar untuk meramalnya,” kata salah seorang pemlik Ford GT, Karl Brauer. 

Tags
Google ads
Back to top button