Artikel Pilihan

KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA 2.0

Dalam artikel terdahulu, Brader Karrager ada berkongsikan perihal senarai kereta yang cool boleh dibeli di negara Singapura. Orait juga sambutan daripada pembaca. Rata – rata bersetuju dengan pilihan peribadi yang Brader Karrager kongsikan. Nah, jom baca versi 2.0 pula dengan pilihan kereta yang masih lagi dianggap cool walaupun mungkin sedikit berusia di antaranya.

Subaru Impreza 5D 1.5R

Sebagai lelaki sejati mahupun dua tiga jati, minat kereta hatchback adalah lumrah lumrah. Sudah tentu reka bentuk yang kelihatan sporty mudah untuk menarik perhatian sang gadis mahu pun anggota penguatkuasa di malam hari. Dan pastinya Subaru Impreza WRX STi Ver 10 adalah pilihan hati ramai jejaka. Apatah lagi kereta ini turut pernah berlakon di dalam filen Fast & Furious bersama Mendiang Paul Walker.

Tapi yang Brader Karrager paparkan ini adalah versi pekak dengan enjin 1.5 liter sahaja. Cukai jalan RM90 aja kalau di tempat kita. Benar, di Singapura beberapa model seperti Honda Civic dan Mitsubishi Lancer turut didatangkan dengan versi enjin pekak. Tukar kit badan, fiber pun fiber lah. Janji boleh tukar rupa yang lebih garang. Lemau apa ada hal. Makwe bukannya tahu pun. Yang penting ianya adalah enjin boxer juga.

Honda Freed Generasi Kedua

Harus diakui, Honda Freed di Singapura juga boleh tahan popupar, semenjak generasi pertama kali diperkenalkan lagi. Maka, tidak hairanlah apabila generasi kedua ini turut dibawa masuk daripada Jepun. Maaf, di Malaysia generasi kedua ianya tidak dijual. Harga generasi pertama pun dah cukup merepek.

MPV kompak ini pasti menjadi pilihan hati terutamanya buat peminat tegar logo H buatan Jepun. Cuma memandangkan model ini boleh dianggap baharu di pasaran, maka harga untuk pasaran terpakainya masih lagi keras, sekitar $90,000 (RM 269,074). Apa yang membuatkan ianya bertambah cool adalah model ini turut didatangkan dengan versi Hybrid. Barulah jimat duit poket kan.

Mitsubishi Colt Ralliart Version R

Peminat kereta kompak pasti meminati. Sekali imbas iras rupanya agak bersamaan dengan Daihatsu YRV. Muka hadapan yang runcing, bahagian belakang dipotong terus serta bumbung yang tinggi adalah ciri yang ada pada model ini.

Model kompak ini dijanakan oleh enjin 1.5 MIVEC dengan pendesak turbo. Model ini walaupun sedikit berusia tapi percayalah prestasinya dijalanan membuatkan pemandunya lekas tiba di destinasi yang ditujui. Apatah lagi setelah model ini turut dilekatkan dengan lencana Ralliart. Cukup unutk membuatkan model ini kelihatan bergaya.

Kia Stronic

Barangkali ramai yang tidak mengenali gerangan Kia Stronic ini. Model Crossover Kompak ini adalah antara model yang agak baharu juga diperkenalkan sekitar tahun 2017 yang lalu. Menggunakan enjin 1.0 liter dengan pendesak turbo cukup untuk memberikan kuasa kepada pemandunya.

Walaupun bersaiz kompak, namun Kia Stonic ini turut hadir dengan ciri premium apabila dilengkapi dengan bumbung suria. Setelah beberapa tahun, harga untuk pasaran terpakai berada pada sekitar $70,000 (RM208,898).

Opel Kombo

Penutup kepada pilihan BK adalah sebuah kenderaan komersial, Opel Kombo. Untuk makluman, kenderaan komersial ringan sebegini cukup popular di sana. Kontraktor kecil cukup sesuai menggunakannya hatta untuk mengusung tangga sekalipun. Terima kasih kepada jarak titik roda yang panjang. Selain daripada Opel Kombo, Fiat Doblo juga antara model sebegini yang popular juga di sana. Pemanduan seakan kereta sedan, lantai yang rendah menjadikan rekabentuk sebegini cukup ideal buat kegunaan komersial jenis indie.

Model sebegini sebenarnya cukup sesuai untuk dibuat pengubahsuaian menjadi sebuah Campervan. Kalau ikut ukuran, memang sesuai sangat menempatkan dua tempat tidur berserta dengan sebuah dapur kecil. Kalaulah benda alah ni ada di bawa masuk ke tempat kita kan. Baru cool keliling Semenanjung tanpa masalah.

Kredit Foto : www.sgcarmart.com

BACA : SENARAI KERETA YANG SEJUL (COOL) DI SINGAPURA

BACA : PENING NAK PILIH MPV

Google ads

B K

Back to top button