Buletin

ANDREA ADAMO MENINGGALKAN PASUKAN HYUNDAI. APA YANG TERJADI SEBENARNYA?

Penggiat sukan rali WRC khususnya dikejutkan dengan suatu perkhabaran yang sedikit mengejutkan apabila Prinsipal pasukan Hyundai Motorsport Andrea Adamo telah dikhabarkan untuk meninggalkan pasukannya secara serta merta bermula 10 Disember 2021 ini.

Perkhabaran ini sememangnya cukup mengejutkan buat para peminat sukan rali serta penyokong pasukan Hyundai sendiri. Tiada angin mahu pun ribut secara tiba – tiba sahaja Andrea Adamo melepaskan jawatan serta meninggalkan pasukan Hyundai di saat mereka sedang giat mempersiapkan jentera Hyundai i20 N Rally1.Walhal sebelum ini elok sahaja Andrea Adamo mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai kemajuan jentera Rally1, tiada langsung wujud tentang kebarangkalian berlakunya persengketaan ataupun bayang-bayang tentang kemungkinan tugasan lelaki yang berasal dari Itali itu bakal berakhir dalam tempoh masa terdekat.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pasukan Hyundai, mereka merakamkan penghargaan di atas sumbangan jasa dan bakti terhadap pembabitan beliau selama enam tahun ini dalam dunia WRC dan juga WTCR.

Andrea Adamo juga menyatakan bahawa beliau dan Hyundai telah mencapai persetujuan bersama untuk mengundurkan diri dari pasukan. Untuk rekod, Andrea Adamo telah pun bersama pasukan Hyundai semenjak tahun 2015 lagi bagi mengetuai Customer Racing Deparment ketika itu. Kemudiannya 2019 beliau telah diberikan kepercayaan untuk mengepalai pasukan Hyundai Motorsport dan berjaya memenangi kejuaraan WRC kategori Pengeluar dua tahun berturut – turut (2019 & 2020). Suatu pencapaian agak hebat sebenarnya.

Sementara itu, Ott Tanak pula sempat memberikan ulasan mengenai perkara dengan mengatakan bahawa beliau bakal merindui Andrea Adamo. Ott Tanak menjelaskan bahawa hubungan seorang rakan tidak akan terputus walaupun mereka kini bukan lagi rakan sekerja. Untuk rekod, Andrea Adamo merupakan individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk Ott Tanak ke pasukan Hyundai pada tahun 2020 usai memenangi kejuaraan WRC bersama pasukan Toyota Gazoo. Ott Tanak menyatakan betapa bersyukurnya ketika beliau meminta untuk tidak menyertai pusingan terakhir di Monza atas sebab peribadi serta keluarga. Dan Andrea Adamo tidak teragak untuk membenarkannya. I

Kini tugasan Prinsipal pasukan Hyundai Motorsport bakal digalaskan oleh Scott Noh yang juga merupakan Presiden bagi Hyundai Motorsport. Walau bagaimanapun Scott Noh hanya akan diberikan tugasan tersebut untuk sementara sahaja sebelum pengganti sebenar dilantik.

Apa pun, karektor Andrea Adamo yang dikenali sebagai ketua yang cukup berkarismatik dan lantang pasti akan dirindui peminat rali.

BACA : THIERRY NEUVILLE & OTT TANAK SAMBUNG KONTRAK LAGI BERSAMA HYUNDAI

BACA : HYUNDAI i20 N RALLY1 BAKAL BERBEZA SAMA SEKALI DENGAN MODEL PROTOTAIP YANG SEDANG DIUJI

Google ads

B K

Back to top button