Artikel Pilihan

RESTORASI NISSAN PULSAR GTI-R – JENTERA WRC TERAKHIR NISSAN

Nissan baharu saja selesaikan projek restorasi istimewa mereka. Nissan Pulsar GTI-R, sebuah jentera rali Group A yang pernah menyertai WRC. Ia merupakan sebahagian daripada koleksi Nissan sendiri. Projek ini diselesaikan oleh pekerja Nissan secara sukarela (115 orang kesmeuanya) dan mengambil masa hampir setahun.

Pulsar GTI-R ini berlumba dalam kelas utama WRC dan bersaing hebat dengan jentera-jentera ternama seperti Mitsubishi Galant VR-4, Toyota Celica GT-Four dan Subaru Legacy RS. Ia merupakan jentera rali pacuan semua roda pertama Nissan jadi ramai yang menaruh harapan tinggi terhadap kereta ini.

Karier kereta ini bermula di Raki Safari 1991. Untuk kegunaan perlumbaan, nadi SR20 telah ditala sehingga mampu menghasilkan 300 hp. Ia memberikan kelebihan kepada Pulsar ini mencatat kedudukan kelima di belakang Lancia Delta Integrale dan Toyota Celica GT-Four.

Sayang sekali prestasinya tidak begitu baik pada penghujung musim dan hanya menghabiskan dua dari baki pusingan dan mendapat tempat ketujuh dalam kategori pengeluar. Satu daripada puncanya ialah disebabkan model homologasi menggunakan rm bersaiz 14 inci dan peraturan WRC menetapkan saiz rim cuma boleh ditambah sebanyak 2 inci berbanding model homologasi. Ini bermakna Pulsar ini hanya menggunakan rim bersaiz 16 inci ketika kebanyakan pesaing menggunakan rim 17 inci.

Bukan hanya saiz tayar, jentera WRC Nissan ini juga mempunyai masalah overheating. Ini kerana ruang enjin yang agak sempit tidak mampu memberikan penyejukan yang sempurna kepada enjin berkuasa turbo yang digunakan. Pada tahun 1992, Pulsar cuma berjaya menghabiskan lima daripada sepuluh pusingan Ralu Sweden.

Krisis ekonomi yang melanda Jepun ketika itu menyebabkan Nissan menarik diri dari WRC pada penghujung musim.

Model yang direstorasi ini merupakan salah satu daripada tiga buah kereta yang menyertai perlumbaan 1992. Dengan kata lain inilah antara jentera WRC terakhir dihasilkan Nissan.

Restorasi sepatutnya bermula lama dahulu tapi tertunda akibat pandemik dan hanya berjaya dimulakan pada April 2023. Disebabkan ia adalah sebuah kereta rali, calar dan kesan kemek akibat perlumbaan dikekalkan dan hanya bahagian-bahagian berkarat dibaikpulih semula. Proses restorasi memakan masa lebih satu tahun dan proses tersebut didokumentasi untuk panduan dan makluman generasi akan datang.

Kini sudah lebih 30 tahun Nissan tarik diri dari WRC. Tak teringin ke nak masuk balik dan bersaing dengan GR Yaris?

Google ads
"
"
Back to top button