Artikel Pilihan

FORD FOCUS GENERASI PERTAMA – KELUAR DARI KILANG TERUS JADI LAGENDA

Inilah salah satu sebab kami rindukan tahun 90 an. Bukan hanya rentak muzik dan lagu yang terbaik pernah dihasilkan tapi ia juga dekad di mana jurutera membina kereta-kereta hebat berdasarkan kemampuan terbaik mereka. Inilah zaman kemuncak kereta-kereta ikonik dilahirkan tanpa peraturan-peraturan merepek yang kononnya untuk menjaga hayat dunia. Kereta-kereta dari Jepun dah biasa sangat kan? Wakil paling popular dari benua Eropah semestinya ialah Ford Focus.

Kalau kereta lain mengambil masa berpuluh tahun untuk menjadi lagenda, Focus pula Cuma mengambil masa yang singkat sahaja. Formulanya senang sahaja (nampak macam senang), sediakan kereta dengan liveri Martini, ubahsuai supaya lebih berkuasa dan bayar upah Colin MacRae untuk beraksi dalam kejuaraan WRC. Boom… terus Ford Focus meledak di seluruh dunia.

Ford Focus ni sebenarnya macam Myvi la pada asalnya. Diminati ramai dan berjaya dijual dalam jumlah yang besar. Ia menjadi kayu pengukur standard untuk kereta sekelas dengannya pada permulaan millennia.

Jurutera-jurutera Ford cukup obses dengan kemampuan pengendalian Focus dan mereka sentiasa berusaha menambah baiknya dalam apa jua cara.

Minat terhadap Focus sebenarnya adalah kerana pengaruh sukan rali. Ford telah mengubungi M-Sport untuk menghasilkan sebuah jentera pacuan semua roda dengan sistem differential aktif gergasi untuk bersaing dalam perlumbaan WRC. Dan salah seorang pelumba yang dipilih untuk memandunya ialah Colin McRae sebab masa tu abang Japar baru dapat lesen memandu.

Generasi pertama Focus sebenarnya tidak pernah memenangi kejuaraan keseluruhan WRC tapi mereka masih memenangi beberapa peringkat perlumbaan bersama Colin McRae. Seorang lagi pemandu, Carlos Sainz turut menambah jumlah kemenangan untuk Focus. McRae meninggalkan WRC selepas 2003 dan tempat beliau diganti oleh Marko Martin yang turut menambah lima lagi kejayaan untuk kereta ini.

Sama seperti jentera WRC lain, Focus juga merupakan satu hasil kejuruteraan hebat. Pembangunannya dipimpin oleh Gunther Steiner, salah satu nama besar dalam Formula Satu.

Focus WRC turut menyumbang kepada pembangunan Focus RS. Focus RS merupakan hasil kerja Richard Parry-Jones yang juga merupakan seorang peminat rali. Parry-Jones ialah individu yang bertanggungjawab menaiktaraf model-model Ford pada era 90 an dan awal 2000.

Focus RS mungkin bukan model hot hatch terbaik pada zamannya tapi ia mengingatkan kita dengan kemampuan dan kesitimewaan salah satu model keluaran Ford.

Satu perkara pasti jentera WRC bukannya sebuah kereta yang biasa-biasa. Ianya ialah sebuah raksasa berapi yang cukup berkuasa, lincah dengan gabungan ramuan istimewa teknologi analog dan digital.

Google ads
"
"
Back to top button