Buletin

SAFARI RALLY KENYA 2024 – APA YANG MENARIK TENTANGNYA TAHUN INI

Safari Rally Kenya akan sekali lagi menjadi tuan rumah ketiga dalam kalendar perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) dengan menjanjikan debaran yang lebih sengit buat semua pemandu. Jom kita baca apa yang menarik tentang perlumbaan rali yang cukup mencabar ini di bumi Afrika.

  • Perlumbaan ini akan menjadikan bandar Naivasha sebagai lokasi utama perlumbaan pada penghujung bulan Mac nanti. Setelah perlumbaan di aspal dan bersalji, kali ini giliran permukaan berbatu / tanah / lumpur pula menjadi tentangan buat semua pemandu.
  • Untuk perlumbaan Safari Rally Kenya ini, setiap jentera yang beraksi dibenarkan untuk menggunakan snorkel bagi membolehkan setiap jentera lebih kurang menghadapi masalah akibat bercampuran debu yang memasuki bahagian ruangan enjin.
  • Pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Esapekka Lappi pastinya mahu meneruskan momentum kecemerlangan beliau sementelah melakukannya di Rally Sweden bulan lepas bersama – sama rakan sepasukan Thierry Neuville dan juga Ott Tanak dengan memandu Hyundai i20 N Rally1.
  • Thierry Neuville juga pastinya dalam keadaan motivasi yang cukup baik setelah muncul juara dalam perlumbaan pembuka tirai di Monte Carlo dan juga tempat keempat keseluruhan di Sweden. Kini Thierry Neuville sedang menduduki tangga teratas kategori Pemandu dengan mengumpul 48 mata.
  • Pasukan Toyota Gazoo Racing yang sedikit kecewa dalam dua perlumbaan awal sebelum ini pastinya mahu bangkit semula untuk menebus kekecewaan. Dalam dua edisi perlumbaan Rally Safari sebelum ini, pasukan Toyota mempamerkan prestasi yang baik di sini dengan penyandang juara WRC dan juga pemenang Safari Rally, Kalle Rovanpera sekali lagi akan menjadi taruhan utama di samping Elfyn Evans dan Takamoto Katsuta.
  • Untuk rekod, Takamoto Katsuta adalah pemenang dua kali podium di sini.
  • Pasukan M-Sport Ford akan membariskan tiga pemandu di Safari Rally Kenya ini dengan diketuai Adrien Fourmaux yang masih segar dengan kemenangan podium di Sweden. Dua lagi pemandu adalah Grégoire Munster serta orang lama yang cukup dikenali sebagai pemandu budiman Jourdan Serderidis untuk memandu jentera Ford Puma Rally1.
  • Saingan kelas WRC2 juga tidak kurang sengitnya apabila deretan pemandu handalan yang diketuai Oliver Solberg untuk memberikan saingan bagi mengutip mata dengan memandu Skoda Fabia RS Rally2.
  • Rakan seSkoda, Gus Greensmith yang juga juara bertahan untuk WRC2 akan memulakan kempennya musim ini di perlumbaan yang terpanjang dalam kempen WRC musim ini (sejauh 355 km membabitkan 19 peringkat).
  • Pemandu Poland Kajto Kajetanowicz juga akan memulakan aksi musim ini juga dengan Skoda Fabia RS yang akan tampil dengan rekaan livery baharu.

BACA : WRC 2023 – SEBASTIAN OGIER MENGETUAI KUARTET TOYOTA UNTUK GAH DI SAFARI RALLY KENYA

BACA : WRC2 – KAJETAN KAJETANOWICZ MENANG DI SAFARI RALLY KENYA

Google ads

B K

Back to top button