Buletin

BIDEN NAK BELI 600K EV UNTUK KERAJAAN AS

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani perintah eksekutif memaklumkan barisan kenderaan Persekutuan akan memperoleh kenderaan sifar emisi menjelang tahun 2035.

Menurut laporan Reuters, ia juga akan menambah kenderaan tugas ringan sifar emisi dan sejumlah kira-kira 600,000 unit diganti pada pertengahan dekad akan datang.

Tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan menghapuskan pelepasan CO2 menjelang 2050.

“Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan pengeluar dan pemasang peralatan kenderaan, bateri serta pengecasan AS untuk mengubah barisan kenderaan dimiliki menjadi kenderaan sifar emisi terbesar di negara ini.

“Ia sekali gus dapat mencapai 100 peratus pemerolehan kenderaan sifar emisi menjelang 2035,” kata fakta berhubung perintah eksekutif itu.

Dalam pada itu, menurut Pentadbiran Perkhidmatan Am, kerajaan membelanjakan AS$4.4 bilion (RM18.6 bilion) untuk kos kenderaan persekutuan pada tahun 2019, memandu sejauh 7.2 km dan menggunakan 1420 juta liter bahan api.

“Sebagai pemilik tanah tunggal terbesar, pengguna tenaga dan majikan di negara ini.

“Kerajaan Persekutuan boleh memangkin pelaburan sektor swasta dan mengembangkan ekonomi serta industri AS.

“Ia dapat dilakukan dengan mengubah cara membina, membeli dan mengurus elektrik, kenderaan, bangunan serta operasi lain untuk menjadi lebih bersih dan mampan,” ujar perintah eksekutif itu. – carbuzz

Google ads
Back to top button