Artikel Pilihan

HYUNDAI i20 N RALLY1 BAKAL BERBEZA SAMA SEKALI DENGAN MODEL PROTOTAIP YANG SEDANG DIUJI

Pasukan Hyundai Motorsports melalui Prinsipal Pasukan Adrea Adamo akhirnya mengesahkan bahawa model sebenar jentera hibrid mereka Hyundai i20 N Rally1 bakal berubah sama sekali berbanding model prototaip yang sedang diuji sebelum ini.

Pasukan pengeluar dari Korea Selatan ini sebelum ini giat menguji jentera model prototaip Rally1 mereka dengan menguji sejauh 1500 km melalui situasi rali sebenar di utara Itali bagi menguji ketahanan dan kemampuan jentera serta kemungkinan masalah yang mungkin timbul.

Data data yang diperolehi daripada sesi ujian ini bakal disalurkan kepada model sebenar kelak bagi mengharungi sesi ujian ekstensif selama enam hari. Tempoh yang sama kira kira dua bulan sebelum kempen WRC 2022 dimulakan dengan jentera hibrid. Ujian secara tertutup tersebut dilakukan di tapak ujian milik Hyundai

Ketika ditanya berapa banyak perubahan daripada model ujian ke model sebenar, menurut Andrea Adamo, “Saya fikir hanya rim daripada model prototaip ini sahaja yang bakal dibawa ke model sebenar Rally1 kelak. Ia akan banyak berbeza”.

Dengan pengumuman ini, bermakna hampir keseluruhan pakej jentera hibrid Rally1 pasukan Hyundai bakal berubah wajah sama sekali. Ternyata banyak sekali pertaruhan yang dibuat oleh pasukan Hyundai tatkala pasukan M-Sport Ford dan Toyota Gazoo sudah hampir bersedia untuk mendedahkan jentera sebenar mereka. Dalam erti kata lain, Hyundai sebenarnya telah membina dua buah jentera Rally1, model prototaip dan juga model sebenar.

Menurut Andrea Adamo lagi, pasukan Hyundai telah mereka bentuk semula beberapa peralatan seperti perumah untuk sistem transmisi dan juga bahagian bampar belakang.

Sementara itu dalam perkembangan lain, pemandu Oliver Solberg dijangka bakal memulakan tugasan memandu untuk tiga pusingan awal dengan bermula di Monte Carlo. Dengan perkhabaran ini bermakna Dani Sordo yang sepatutnya berkongsi jentera ketiga dengan Oliver Solberg dijangka akan diketepikan terlebih dahulu. Sungguh pun demikian, ini bukanlah bermakna Dani Sordo boleh berehat, akan tetapi beliau mempunyai misi untuk membantu mempersiapkan Oliver Solberg bagi menghadapi musim WRC 2022.

Ada juga ura – ura menyatakan bahawa Andrea Adamo berkemungkinan bakal mempertaruhkan empat jentera hibrid Rally1 mereka menjelang bermulanya musim perlumbaan kedua kelak bagi membolehkan Dani Sordo turut beraksi dalam kelas premier.

BACA : WRC 2022 – GILIRAN HYUNDAI PULA MENGUJI JENTERA RALLY1

BACA : M-SPORT FORD MULA MENGUJI MODEL RALLY1 UNTUK MUSIM WRC 2022

Google ads

B K

Back to top button