FIA PERKENALKAN REGULASI BAHARU UNTUK WRC 2027 MEMBABITKAN KOS YANG LEBIH MURAH DAN LEBIH PASUKAN YANG BERAKSI
World Motor Sport Council telah pun meluluskan Peraturan Teknikal yang akan memastikan masa depan yang dinamik dan fleksibel untuk kejuaraan FIA World Rally Championship (WRC) bermula tahun 2027.
Selepas perundingan dan kerjasama yang meluas antara pihak pemegang taruh di dalam WRC, pengesahan peraturan hari ini, yang dirujuk sebagai WRC27, telah dicadangkan dan dipersetujui oleh WRC Commission, yang terdiri daripada ahli mengundi daripada semua pengeluar semasa, Promoter WRC dan wakil semua krew. Peraturan ini akan berkuat kuasa mulai musim 2027.
Kitaran peraturan yang dirancang akan berlangsung selama sepuluh tahun, memastikan platform yang stabil untuk pengilang dan pasukan untuk melabur dan mengembangkan sukan itu.
Untuk jentera WRC27 nanti, ianya akan lebih fleksibel tanpa terikat seperti undang – undang seperti sedia ada untuk Rally1 dengan menggunakan casis daripada tubular.
Ini bermakna mana – mana kereta produksi massa yang telah dipasang dengan ciri keselamatan termasuklah rollcage tidak kira sama ada untuk model hatchback, sedan, SUV hatta model konsep yang dibuat khas dibolehkan untuk beraksi dalam kelas utama bermula tahun 2027. Ini juga bermakna, kos pengeluaran dapat dikurangkan berbanding pengeluaran jentera Rally1 sedia ada.
Pemegang taruh WRC sebelum ini melihat kawalan kos sebagai antara penghalang yang menyebabkan jumlah yang terhad daripada Pengeluar yang beraksi dalam kelas utama WRC. Dan bermula tahun 2027, kos pengeluaran sebuah jentera telah dihadkan sehingga €345k (RM1,605,560) sahaja. Ini menjadikan penjimatan sehingga 50% berbanding kos pengeluaran untuk jentera Rally1 sekarang ini.
Penjimatan kos ini meliputi dari segi reka bentuk teknikal dan komponen bagi menjadikan ianya lebih berdaya saing untuk semua.
Peraturan yang disahkan hari ini bukan sahaja menyediakan pelbagai kerja badan, tetapi juga rangkaian kuasa. WRC adalah salah satu sukan permotoran perintis bertenaga mampan, mewajibkan penggunaannya pada tahun 2022, dan dengan peraturan 2027, terdapat kebebasan antara enjin pembakaran dalaman bahan api mampan, rangkaian kuasa hibrid atau penyelesaian elektrik sepenuhnya. Sasaran awal adalah untuk pesaing menggunakan sistem ICE yang dijana secara mampan pada tahun 2027, dengan kepelbagaian termasuk sistem hibrid, atau teknologi elektrik sepenuhnya, yang boleh diperkenalkan pada peringkat seterusnya.
Ini adalah gambaran landskap automotif semasa, dengan pelbagai konfigurasi berbeza yang memenuhi situasi berbeza dalam pasaran berbeza. Dengan kekal terbuka kepada semua pilihan ini sambil mengekalkan kelestarian alam sekitar sebagai terasnya, WRC akan terus menjadi pelopor untuk teknologi.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan untuk jentera dari WRC mahu pun WRX (World Rallycross Championship) beraksi untuk acara perlumbaan satu sama lain tanpa membabitkan keperluan undang – undang berasingan. Kerja – kerja membolehkan ianya terjadi akan diusahakan menjelang ke arahnya nanti pada 2027.
Dengan peraturan yang lebih mudah dan kos yang lebih efektif memungkinkan WRC 2027 akan jadi lebih meriah dengan pembabitan lebih banyak Pengeluar dan juga Pemandu beraksi dalam kelas utama.
Mungkinkah Subaru bakal kembali semula ke WRC bersama – sama dengan Skoda? Proton? Perodua??
BACA : TIADA LAGI HIBRID UNTUK WRC BERMULA MUSIM HADAPAN
BACA : FIA TURUNKAN NOMBOR 43 DARI WRC, PENGHORMATAN BUAT MENDIANG KEN BLOCK