Buletin

LIMA BUAH TOYOTA GR YARIS RALLY1 AKAN BERAKSI DI FINLAND DENGAN SAMI PAJARI AKAN MEMBUAT DEBUT

Secto Rally Finland akan menjadi sesuatu yang cukup istimewa buat pasukan Toyota Gazoo Racing pada perlumbaan edisi kali ini. Buat pertama kalinya, lima buah jentera Toyota GR Yaris Rally1 akan beraksi di pentas FIA World Rally Championship Secto Rally Finland yang juga dianggap sebagai rumah buat pasukan yang berasal dari Jepun itu.

Dan mencuri perhatian di Finland adalah kemunculan buat pertama kali bintang muda Sami Pajari yang akan membuat debut memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 buat pertama kalinya. Sebelum itu, Sami Pajari dan Juruarah Enni Mälkönen terlebih dahulu berpeluang untuk menguji jentera tersebut minggu lalu sebelum berlangsungnya perlumbaan Tet Rally Latvia dan kini bintang muda tersebut sudah tidak sabar untuk beraksi dalam perlumbaan sebenar.

Menurut Sami Pajari, “Beraksi bersama jentera Rally1 telah menjadi impian sejak sekian lama dan merupakan rancangan bertahun – tahun sejak memulakan karier jadi ianya merupakan suatu tanda atas yang tertinggi. Rasanya sangat sangat bagus dan mengujakan.”

Dan untuk aksi di bumi sendiri kelak, Sami Pajari hanya menikmati peluang yang terhidang dan cuba menghabiskan perlumbaan serta mendapatkan pengalaman daripadanya. Di Finland, Sami Pajari akan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 kelima dengan livery berwarna putih sebagai asas, livery yang serupa digunakan jentera milik TGR Challenge Program Rally2.

Jika itu sudah menarik perhatian, pasukan Toyota Gazoo Racing turut memperkenalkan dua lagi livery istimewa untuk aksi di Finland. Jentera yang akan dipandu oleh Kalle Rovenpera yang juga penyandang kejuaraan WRC akan mengenakan livery yang berinspirasikan sama seperti model Special Edition GR Yaris Kalle Rovenpera dengan warna putih sebagai asas serta dilatari dengan grafik berwarna merah dan juga hitam. Nampak lebih menarik dan garang. Lebih garang daripada livery milik pasukan Toyota Gazoo Racing sebelum ini.

Sebuah lagi jentera yang akan dipandu oleh Sebastian Ogier juga akan mengenakan livery yang berinspirasikan model jalanan istimewa miliknya yang turut dilancarkan pada awal tahun ini dengan menggunakan warna Matte Stealth Grey sebagai asas. Pun nampak garang juga.

Dua buah lagi jentera yang akan dipandu oleh Elfyn Evans dan juga Takamoto Katsuta akan menggunakan livery musim ini seperti sedia kala. Selain daripada jentera Rally1 yang akan beraksi, terdapat sembilan unit jentera Toyota GR Yaris Rally2 akan turut beraksi termasuklah yang akan dipandu oleh Prinsipal pasukan sendiri, Jari-Matti Latvala.

BACA : LIVERY BAHARU GR YARIS RALLY1 LEBIH GARANG DENGAN HITAM MATTE

BACA : HYUNDAI MOTORSPORT AKAN GUNAKAN LIVERY BAHARU LAGI DI RALLY SWEDEN

Google ads

B K

Back to top button