Buletin

THIERRY NEUVILLE & OTT TANAK SAMBUNG KONTRAK LAGI BERSAMA HYUNDAI

Duo handalan pelumba rali, Thierry Neuville dan juga Ott Tanak bersetuju dan telah pun menandatangani kontrak lanjutan selama beberapa tahun bersama pasukan yang berpangkalan di Alzenau, Jerman baru – baru ini. Perkhabaran itu sudah tentu cukup penting dan signifikan buat pasukan Hyundai Shell Mobis di dalam untuk menempuh era baharu WRC dengan pembabitan Hibird bermula musim 2022 nanti.

Dengan perkhabaran ini, sudah tentu juga akan memberikan peluang kepada Thierry Neuville dan juga Ott Tanak untuk terus membantu program pembangunan jentera Rally1 baharu yang dijangka bakal memulakan sesi ujian tidak berapa lama lagi.

Sesungguhnya Thierry Neuville dan pasukan Hyundai bukanlah asing. Ibarat aur dengan tebing. Bagai pinang dibelah dua. Cubit peha kiri, peha kanan pun sakit juga. Terlalu banyak jasa dan budi yang telah ditaburkan oleh pemandu dari Belgium terhadap jenama yang berasal dari Korea Selatan ini. Thierry Neuville telah dua kali membantu pasukan Hyundai untuk memenangi Kejuaraan Kategori Pengeluar setelah menyertai mereka pada tahun 2014 lagi. Malah beliau pernah empat kali berada di tempat kedua keseluruhan WRC. Belum rezeki lagi untuk muncul juara. Dan sekali lagi tahun ini, beliau masih berada di kedudukan kedua keseluruhan setakat ini di belakang pendahulu Sebastian Ogier.

“Saya gembira kerana penyambungan kontrak ini selama beberapa tahun bersama pasukan yang ibarat keluarga kedua saya. Selain daripada kenyataan yang saya cukup selasa dan yakin bersama mereka, kesungguhan dan sasaran kejayaan berjaya meyakinkan saya untuk terus mengejar perjalanan yang cukup mengangumkan yang telah pun bermula lebih tujuh tahun yang lalu,” menurut Thierry Neuvillie.

Sementara itu, Ott Tanak yang menyertai pasukan Hyundai pada tahun 2020 hanya berupaya mencatat dua kejayaan bersama jentera i20 Coupe WRC setakat ini dan beliau masih berharap untuk terus menambah koleksi trofi selepas ini.

Sementara itu, Prinsipa Pasukan Andrea Adamo turut meluahkan kegembiraan dengan penyambungan kontrak dua pemandu yang cukup hebat ini. Dengan pengesahan dua pemandu setakat ini, kerusi untuk jentera ketiga buat masa ini masih lagi dijadualkan mengikut giliran diantara Craig Breen dan juga Dani Sordo

BACA : M-SPORT FORD MULA MENGUJI MODEL RALLY1 UNTUK MUSIM WRC 2022

BACA : TIGA PASUKAN BERSETUJU UNTUK KEKAL DALAM WRC SISTEM HIBRID UNTUK TEMPOH TIGA TAHUN LAGI

Google ads

B K

Back to top button