Motosikal

APRILIA SR GT 400 2026 LANCAR DI EICMA – 36HP, 37.7NM

Aprilia mengumumkan penyertaan dalam segmen skuter kelas pertengahan dengan pelancaran Aprilia SR GT 400 2026. 

Bagi memberi saingan sengit kepada skuter popular lain antaranya Honda ADV 350, Aprilia melengkapkan SR GT 400 dengan pelbagai ciri moden dan terkini. 

Pertamanya, menggerakkan SR GT 400 ini adalah unit satu silinder 399cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 36hp pada 7,500rpm dan 37.7Nm pada 5,700rpm. 

Menariknya, dengan hanya seberat 186kg, SR GT 400 ini merupakan skuter 400cc dengan nisbah power-to-weight paling terbaik dalam kelasnya. 

Seperti SR GT 200, versi 400cc ini juga mengguna pakai kerangka jenis double-cradle namun dipadankan dengan fork USD 41mm dan penyerap hentak berkembar di belakang. Kedua-duanya menawarkan jarak pergerakan 120mm. 

Sebagai sebuah skuter adventure, SR GT 400 ini menawarkan jarak kelegaan tanah sebanyak 188mm sekaligus lebih tinggi berbanding ADV 350 (145mm). Tayar pula berukuran 16-inci depan dan 14-inci belakang dan dipadankan dengan tayar Mitas Enduro Trail. 

Kuasa membrek pula dibekalkan cakera 300mm depan dengan brek radial dan 240mm belakang. Kedua-duanya dikawal selia dengan ABS dwi-saluran. Sistem ABS juga boleh dipadamkan untuk tayar belakang. 

Selain pencahayan LED penuh, ciri praktikal seperti penghadang angin boleh laras juga didatangkan secara standard. 

Menariknya, SR GT 400 ini menerima skrin TFT berwarna 5-inci secara standard selain traction control (boleh dipadamkan). 

GALERI: APRILIA SR GT 400 2026

Google ads
Back to top button