Motosikal

RASMI: WMOTO NEXY+ 180 LANCAR DI MALAYSIA – RM8,988


MForce Bike Holdings dengan rasminya memperkembang tawaran motosikal jenis skuter di Malaysia kali ini menerusi WMOTO Nexy+ 180 yang boleh didapati dengan harga jualan RM8,988 sahaja. 

QAtas kertas, Nexy 180i ini dikuasakan enjin satu silinder 174cc SOHC yang berupaya menjana 18.2hp pada 8,500rpm dan 17.2Nm pada 6,500rpm. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk cakera brek depan dan belakang berukuran 230mm dan 220mm, fork teleskopik depan dengan penyerap hentak berkembar di belakang, tangki bahan api berkapasiti 8L, skrin TFT berwarna, sistem keyless dan ABS. 

Selain ABS, sistem traction control juga didatangkan secara standard termasuk glove box yang luas dan lampu LED penuh. 

Bagi pasaran tempatan, WMOTO Nexy+ 180 hadir dengan empat pilihan warna; Magic Blue, Nardo Grey, Xtreme White dan Midnight Black. 

GALERI: WMOTO NEXY+ 180

Google ads
Back to top button