
Motosikal
RASMI: MODENAS ELIT 150S GENERASI BAHARU DILANCARKAN – RM7,877
Sempena meraikan ulang tahun ke-30, MODENAS menghadirkan berita gembira untuk peminat dengan pelancaran Modenas Elit 150 generasi terbaru.
Elit 150 kembali setelah sekian lama dan hadir dengan reka bentuk baharu dan spesifikasi terkini.
Atas kertas, Elit 150 dikuasakan enjin satu silinder 149cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 14hp pada 8,250rpm dan 13.5Nm pada 6,750rpm.
Antara kelengkapan ditawarkan termasuk:
- meter digital LCD
- lampu LED
- keyless
- tangki 12L
- pengecas USB
Casis dan suspensi merangkumi fork teleskopik di depan dan penyerap hentak berkembar di belakang manaka brek terdiri dari cakera brek depan dan belakang. Bagaimanapun, skuter ini tidak dilengkapi dengan ABS.







