BuletinMotosikal

ARRC SEPANG: AZLAN “TAPAU” KELAS ASB1000!

Pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan OneXOX TKKR SAG Team hari ini berjaya membolot kejuaraan bagi kelas tertinggi Asia Road Racing (ARRC) ASB1000.

Beliau memenangi Perlumbaan pertama (Race 1) dalam pusingan ke enam 2019 FIM Asia Road Racing Championship yang berlangsung sepanjang minggu ini.

Ia adalah kemenangan keempat Azlan tahun ini. Beliau yang memulakan perlumbaan di petak kedua berada di kedudukan sengit untuk merebut tempat dari pendahulu kejuaraan arkes dan pelumba Yamaha Racing Thailand, Apiwat Wongthananon.

Azlan yang menunggang BMW S1000RR bermula dengan baik, memintas kedudukan dari awal perlumbaan.

Pelumba wildcard Federico Sandi mempamerkan saingan yang sengit menerusi jetera Ducati Panigale V4 dari lap 1 hingga 3. Namun pelumba tersebut bergelut dengan masalah kehilangan cengkaman tayar belakang pada pusingan berikutnya.

Azlan memimpin perlumbaan semula pada lap ke 7 hingga ke garisan penamat dengan catatan 23’30.254s. Thitipong Warokorn di tempat kedua dengan 23’31.641s diikuti Apiwat di tempat ke-3 dengan catatan masa 23’31.806s.

Sementara itu, pendahulu kutipan mata kejuaraan Broc Parkes gagal merebut podium apabila menghabiskan perlumbaan di tempat ke-empat. Pelumba Australia dari pasukan Yamaha Racing Team ASEAN itu bagaimanapun masih mendahului kejuaraan dengan 201 mata. Namun Azlan kini semakin hampir dengan 168 mata di tempat kedua.

Google ads
Back to top button