Motosikal

RCB SAH SERTAI EICMA BUAT KALI KEEMPAT BERTURUT-TURUT

Pengeluar komponen berprestasi tinggi motosikal, RCB sekali lagi mengesahkan penyertaan di EICMA yang akan berlangsung November ini di Fiera Milano, Itali. 

Jenama antarabangsa dari Malaysia itu akan terlibat dengan EICMA buat kali keempat berturut-turut tahun ini dan akan berada di Hall 7. 

Dalam pada itu, RCB akan turut membawakan barisan produk baharu untuk dipamerkan di Milan antaranya fork FD Series yang direka untuk model Yamaha XMAX dan NVX, cakera S2+ ICE Alloy dan carbon brake master cylinder baharu. 

RCB turut akan membawakan koleksi cenderahati baharu termasuk beberapa previu eksklusif yang akan dipamerkan di EICMA. Seperti sebelum ini, RCB juga akan membawakan komponen terpilih dari UMA Racing dan beberapa komponen lain. 

EICMA 2026 akan berlangsung pada 3 hingga 8 November ini. 

Google ads
Back to top button