Artikel Pilihan

BAGAIMANA SAIZ ENJIN DIKIRA?

Beberapa hari lepas seorang Professor telah memberi pendapat beliau berkenaan RON 95 dan juga RON 97. Video berkenaan telah menjadi tular di warga maya dan beberapa laman sosial mengkritik video berkenaan kerana terdapat beberapa fakta yang mengelirukan dan juga tidak tepat. Kami di Mekanika telahpun mengulas lanjut berkenaan RON95 dan juga RON 97 dan anda boleh baca artikel berkenaan di SINI

Artikel pada kali ini bukan hendak membahaskan petrol mana yang lebih jimat dan lebih power, tapi kami ingin mengulas terma teknikal bagaimana saiz enjin kereta dikira. Untuk itu kami ingin menegaskan enjin Axia hanyalah 998cc sahaja ataupun dalam istilah lain 1.0 liter sahaja. Mungkin professor tersebut lupa untuk membelek buku manual yang dipegang ketika membuat video ataupun dia sudah menukar enjin Axianya pada enjin Myvi.

Kami ingin tegaskan saiz enjin bukan dikira berdasarkan saiz piston, namun berdasarkan saiz gerek (diameter) dan lejang pergerakan piston dari titik paling bawah (Bottom Dead Center) BDC piston ke titik paling atas (Top Dead Center) TDC piston. Untuk pengetahuan pembaca, enjin kereta adalah dalam bentuk silinder, maka saiz enjin ditentukan dengan cara pengiraan isipadu silinder.

Rumus pengiraan isipadu enjin ialah:

Displacement : Sesaran

Bore: diameter silinder

Stroke: Lejang

Dapat dilihat disini sesaran atau CC enjin ditentukan oleh saiz lejang, diameter dan juga bilangan silinder. Semakin tinggi nilai parameter tersebut, semakin tinggi sesaran enjin.

Baik, mari kita kira saiz enjin Perodua Axia. Berdasarkan maklumat saiz diameter silinder Axia ialah 71mm, lejang 84mm dan silinder Axia ialah 3.

Sesaran Axia = (3.141/4) x (7.1cm x 7.1cm) x (8.4cm) x 3 silinder=997.528cc

Disebabkan pengiraan ini menggunakan unit Centimeter, maka hasil akhir ialah Centimeter padu atau Cubic Centimeter. Bahasa yang kita selalu pakai ialah CC. Jadi jangan nak memandai-mandai buat 1.5 Liter CC pulak. Bagi memudahkan pengguna, pengeluar akan membundarkan nilai tersebut pada nilai terdekat seperti 1000cc ataupun 1.0 liter

Square, Oversquare dan Undersquare

Nisbah gerek dan lejang juga boleh dikira berdasarkan nilai gerek dibahagi dengan nilai lejang. Nilai ini akan terbahagi kepada 3 iaitu square (1:1), Oversquare (nilai ratio lebih dari 1:1) dan juga Undersquare (nilai ratio kurang dari 1:1). Sebagai contoh Subaru BRZ atau Toyota GT86 memiliki enjin dengan nilai gerek 86mm dan juga lejang 86mm dikategorikan sebagai Square Engine.

Enjin Oversquare

Enjin oversquare ataupun enjin lejang pendek adalah enjin yang biasa ditemui pada kereta lumba kerana ia membenarkan enjin beroperasi pada RPM yang tinggi tanpa merosakkan enjin. Sebagai contoh enjin yang digunakan pada jentera perlumbaan F1 biasanya memilki ratio oversquare melebihi nilai 2:1 dan biasanya enjin ini melebihi nilai 1:1

Ia membenarkan enjin menjana lebih kuasa melalui RPM yang tinggi sehingga 18,000 RPM. Apabila nilai gerek bertambah besar, jurutera berupaya memasang injap kemasukan dan ekzos yang lebih besar bagi membenarkan enjin mengambil udara dan menyingkirkan ekzos dengan pantas. Rod penyambung pula dibuat pendek bagi menyokong RPM tinggi

Kelemahan enjin ini ialah tork yang dihasilkan adalah rendah dan jurutera perlu membuatkan enjin menghasilkan tork yang tinggi pada RPM yang tinggi. Ini menghasilkan enjin yang linear bagi kereta sport dan juga kereta lumba. Salah satu kelemahan enjin oversquare ialah heat loss atau kehilangan tenaga haba yang tinggi semasa operasi. Semakin tinggi nilai ratio, semakin tinggi proses kehilangan haba.

Enjin Undersquare

Enjin undersquare dikategorikan sebagai enjn yang memiliki nisbah gerek/lejang kurang dari 1:1. Sebagai contoh enjin Axia 71mm/84mm yang memiliki ratio 0.84:1. Enjin ini biasanya memiliki saiz injap yang lebih kecil dan geseran antara piston dan silinder juga akan bertambah.

Namun kelebihan enjin ini ialah ia menghasilkan tork yang lebih tinggi pada RPM yang rendah disebabkan piston boleh bergerak lebih jauh dan lebih laju. Kaedah ini mulai digunakan secara meluas oleh pembuat enjin bagi menghasilkan enjin yang lebih cekap dan lebih jimat (kurang s)

Google ads
Back to top button