
Hasil sesi kelayakan semalam memperlihatkan beberapa kedudukan menarik dalam susunan pelumba untuk malam ini. Seakan tidak tercabar, Marc Marquez unggul mengutip posisi petak mula untuk perlumbaan MotoGP Aragon.
Di petak kedua ialah pelumba meningkat naik dari pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo diikuti satu lagi pelumba Yamaha Monster Maverick VInales.
Pencabar terdekat Marquez untuk merebut kejuaraan tahun ini, Andrea Dovizioso dari Ducati Winnow terpaksa berpuashati bermula di petak ke-10 namun satu lagi jentera Ducati dari pasukan Pramac berjaya merebut petak ke empat.
Kemunculan jentera Aprilia pada petak ke-lima menerusi Aleix Espargaro dari pasukan Factory Aprilia Gresini memberi sedikit kelainan pada barisan permulaan kali ini.
pelumba veteran Valentino Rossi bermula di grid ke enam diikuti Crutchlow di petak ke tujuh dan Morbidell di petak ke lapan,
Pelumba negara, Hafizh Syahrin sekali lagi kekal di kelompok belakang dengan grid ke-21 di belakang Lorenzo.
Berikut ialah senarai penuh kedudukan grid MotoGP Aragon.
1 Marc Marquez Repsol Honda (RC213V) 1’47.009s
2 Fabio Quartararo Petronas Yamaha (YZR-M1)* +0.327s
3 Maverick Viñales Monster Yamaha (YZR-M1) +0.463s
4 Jack Miller Pramac Ducati (GP19) +0.649s
5 Aleix Espargaro Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +0.724s
6 Valentino Rossi Monster Yamaha (YZR-M1) +1.006s
7 Cal Crutchlow LCR Honda (RC213V) +1.313s
8 Franco Morbidelli Petronas Yamaha (YZR-M1) +1.363s
9 Joan Mir Suzuki Ecstar (GSX-RR)* +1.449s
10 Andrea Dovizioso Ducati Team (GP19) +1.599s
11 Andrea Iannone Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +2.231s
12 Pol Espargaro Red Bull KTM Factory (RC16) No Time
13 Alex Rins Suzuki Ecstar (GSX-RR) 1’48.449s
14 Takaaki Nakagami LCR Honda (RC213V) 1’48.477s
15 Danilo Petrucci Ducati Team (GP19) 1’48.682s
16 Francesco Bagnaia Pramac Ducati (GP18)* 1’48.748s
17 Miguel Oliveira Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 1’48.827s
18 Tito Rabat Reale Avintia Ducati (GP18) 1’48.916s
19 Mika Kallio Red Bull KTM Factory (RC16) 1’49.085s
20 Jorge Lorenzo Repsol Honda (RC213V) 1’49.282s
21 Hafizh Syahrin Red Bull KTM Tech3 (RC16) 1’49.315s
22 Karel Abraham Reale Avintia Ducati (GP18) 1’49.517s
23 Bradley Smith Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 1’49.756s