Buletin

MODEL BAHARU OMODA X DIDEDAHKAN HARI INI – GABUNG AUTOMOTIF, FESYEN DAN MUZIK

OMODA & JAECOO bakal menganjurkan OMODA X Night pada 20 Oktober ini, sebuah acara yang menggabungkan inovasi automotif, fesyen, muzik, teknologi dan budaya anak muda dari pelbagai negara.

Acara itu menjadi platform untuk memperkenalkan model baharu OMODA X buat pertama kali di peringkat global, selain mengetengahkan kepelbagaian budaya serta kreativiti merentas industri.

Berbeza daripada pelancaran automotif konvensional, OMODA X Night turut memberi tumpuan kepada gaya hidup, ekspresi diri dan hubungan antara jenama dengan komuniti pengguna di seluruh dunia.

Kemunculan OMODA X menjadi antara tarikan utama acara berkenaan, dengan model itu membawa pendekatan baharu terhadap konsep crossover yang menjadi identiti jenama berkenaan.

Menerusi falsafah CROSSVOLUTION, OMODA mahu meneroka gabungan elemen reka bentuk dan gaya hidup yang melangkaui kebiasaan, sekali gus mencerminkan perubahan cita rasa pengguna moden.

Model terbaharu itu dijangka mengetengahkan gabungan reka bentuk futuristik berinspirasikan mekanikal, estetika geometri serta karakter sporty yang lebih berani.

Pendekatan berkenaan menyasarkan golongan yang menggemari kehidupan bandar dan nilai estetika moden, tetapi pada masa sama menghargai kebebasan serta pengalaman meneroka aktiviti luar.

Menurut jenama itu, CROSSVOLUTION bukan sekadar pendekatan reka bentuk, sebaliknya mencerminkan semangat untuk mencabar batasan sedia ada dan terus berkembang seiring perubahan gaya hidup pengguna.

Selain memperkenalkan model baharu, OMODA X Night turut menghimpunkan wakil Miss World dari beberapa negara bagi meraikan fesyen antarabangsa, kepelbagaian budaya dan ekspresi individu.

Program itu turut mengetengahkan perkembangan budaya anak muda yang semakin dipengaruhi oleh komuniti minat, muzik, teknologi dan trend gaya hidup.

Syarikat penyelidikan pasaran dan perundingan global, Kantar, akan berkongsi pemerhatian terkini mengenai budaya generasi muda, termasuk perubahan dalam keperluan emosi, minat serta perspektif mereka terhadap kehidupan.

Perkongsian itu dijangka memberi gambaran tentang bagaimana perubahan sosial dan budaya membentuk kecenderungan golongan muda, khususnya dalam memilih jenama serta mengekspresikan identiti masing-masing.

Dalam pada itu, pengguna OMODA & JAECOO dari seluruh dunia turut memainkan peranan penting dalam acara berkenaan menerusi persembahan lagu khas yang didedikasikan kepada jenama tersebut.

Acara pada 20 Oktober itu bakal menjadi pentas untuk menyaksikan kemunculan global OMODA X, di samping meraikan idea, identiti dan kreativiti yang merentasi sempadan negara.

Google ads
Back to top button