
AUDI RS 3 BARU DIUJI DI NURBURGRING, 7 MINIT 33.123 SAAT
Walaupun masih belum dilancarkan lagi, Audi telahpun mula menguji jentera baru mereka iaitu Audi RS 3 di Green Hell bagi mengetahui sejauh mana kemampuan jentera baru mereka jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain.
Dalam versi pre-production (masih belum siap), Audi RS 3 baru berjaya mencatatkan masa 7 minit 33.123 saat, 2 saat lagi laju berbanding dengan model RS 3 lama, 6 saat lebih laju dari Renault Sport Megani RS Trophy R dan Honda Civic Type R S
Audi RS 3 tersebut dipandu oleh pemandu ujian Audi dan juga pelumba Frank Stipler, lengkap dengan beberapa ciri baru yang ditambah pada Audi RS 3. Antaranya ialah torque splitter yang membenarkan agihan tork berlaku secara berubah pada roda belakang, brake vectoring yang mengawal tekanan brek pada semua roda dan sistem suspensi adaptif terbaru
Audi juga telah menala semula sistem kawalan kestabilan elektronik bagi membenarkan RS 3mengambil selekoh dengan lebih laju, berada di posisi yang betul ketika keluar dari selekoh dan bersedia untuk selekoh yang seterusnya.
Hasilnya pemandu boleh merendahkan input stering ketika selekoh, mengekalkan momentum bagi membenarkan pemandu mengekalkan kelajuan di selekoh S. Audi RS 3masih dikuasakan dengan enjin 4 silinder 2500cc turbo yang menjana 394 kuasa kuda dan 500Nm tork
Bagi memastikan cengkaman yang bagus, Audi menggunakan tayar Pirelli P Zero Trofeo R, iaitu tayar prestasi tinggi dikategorikan sebagai Trackday and Competition Summer. Sistem brek pula menggunakan sistem brek karbon seramik dengan diameter cakera brek ada 19 inci untuk prestasi brek yang bagus