
KAWASAKI JUAL MOTOSIKAL ELEKTRIK SAHAJA DI PASARAN MEMBANGUN MENJELANG TAHUN 2035
Sama seperti kebanyakan pengeluar kenderaan sekarang, Kawasaki nampaknya mula serius dalam penghasilan motosikal elektrik.
Baru-baru ini, ia mengumumkan semua model yang dijual di negara-negara membangun akan dikuasakan oleh kuasa bateri menjelang tahun 2035.
Pengesahan baharu tersebut dibuat dalam satu taklimat polisi perniagaan. Kawasaki turut mengesahkan bahawa ia akan melabur dalam rangkaian kuasa hidrogen.
Rangkaian kuasa itu bakal diperkenalkan ke atas sekitar 16 model baharu setiap tahun menjelang 2025.
Dengan jualan kereta elektrik dilihat semakin kukuh di pasaran membangun, perkembangan motosikal elektrik bagaimanapun agak perlahan. Memang ada motosikal dan skuter elektrik di pasaran sekarang. Tetapi ia tidak fokus kepada peminat motosikal yang biasanya membeli jentera buatan Kawasaki.
Beberapa cabaran perlu diselesaikan sebelum boleh menawarkan motosikal elektrik ke pasaran massa. Antaranya ialah berat motor dan pek bateri. Jika Kawasaki mampu membangunkan motosikal dengan kuasa dan berat yang hampir sama dengan jentera berenjin konvensional, ia perlu meyakinkan pengguna untuk membelinya.
Presiden Kawasaki, Hashimoto Yasuhiko mengakui salah satu cabaran adalah untuk memastikan bunyi dan getaran motosikal tradisional tidak hilang. Kawasaki sedang berusaha ke arah itu.