Buletin

KENDERAAN SOLAR ELEKTRIK APTERA. TAK PERLU CAS, 24 JAM HABIS TERJUAL. HARGA RM105K

Kenderaan solar elektrik keluaran Aptera yang tidak perlu dicas habis dijual dalam masa 24 jam sahaja.

Menurut syarikat berkenaan yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS), kenderaan berkenaan dijual pada harga AS$26,000 (RM105,365).

Ia dibangunkan dengan rekaan futuristik menggunakan bahan ringan, aerodinamik dan penyejukan rendah.

Teknologi milik Aptera dikenali sebagai Never Charge itu terdiri daripada pakej solar bersepadu menyediakan pemanduan ‘percuma’ lebih 64 kilometer dalam sehari.

Menurut laporan Daily Mail, Aptera merupakan kenderaan pertama di dunia yang tidak memerlukan petrol atau kuasa elektrik untuk pemanduan ha­rian.

Kereta itu juga dilengkapi pek bateri untuk perjalanan sejauh 1,609 kilometer berban­ding jarak 595 kilometer pada kende­raan Model S milik Tesla.

Pengasas bersama Aptera, Chris Anthony berkata, teknologi Never Charge memberi kemudahan kuasa dijana cahaya matahari.

“Susunan panel solar sedia ada pada kereta kami menggurangkan penggunaan pek bateri dan pemandu boleh memandu ke mana sahaja tanpa hala­ngan,” katanya.

Jentera solar elektrik itu mula menerima tempahan pada 4 Disember lalu dengan harga bermula pada AS$25,900 (RM104,933) hingga AS$46,900 (RM190,015) bagi pacuan empat roda.

Kenderaan itu dijana motor elektrik penyejukan cecair dan boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 96 km/j dalam masa 3.5 saat.

Ia memiliki kelajuan maksimum mencecah 177 kilometer sejam. Jika anda perlu mengecas, kenderaan itu boleh dicas menggunakan pengecas standard 110 volt. – agensi.

Google ads
Back to top button