Buletin

BAJET 2022: KERAJAAN TANGGUNG LESEN OKU DAN SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK KELUARGA B40

Kerajaan akan menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki orang kelainan upaya (OKU) bagi tahun depan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu dapat meringankan kos sara hidup golongan itu.

Beliau berkata selain itu, kerajaan memperuntuk RM30 juta bagi menaik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU antaranya dengan menyediakan banyak laluan khas untuk golongan cacat penglihatan.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, bagi memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, Kerajaan akan mensubsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40.

Beliau memberitahu, sejumlah RM30 juta disediakan untuk tujuan ini dan bakal memanfaatkan 188 ribu keluarga B40.

Google ads
Back to top button