Buletin

KENDERAAN ELEKTRIK TERBAHARU BMW. SUT SAYAP, KELAJUAN MELEBIHI 300 KM/J

BMWi dan Designworks bergabung tenaga dalam pembikinan kenderaan elektrik unik iaitu sut sayap.

Ia direka dalam membenarkan kelajuan lebih tinggi dan meningkatkan tempoh masa ketika berada di udara.

Sut sayap dilengkapi dua pam pendesak (impeller) gentian karbon yang dijana motor elektrik berkemampuan menghasilkan kuasa 10 hp.

Kedua-dua pam pendesak ini akan berputar kira-kira 25,000 rpm dan berupaya digunakan selama lebih kurang lima minit.

Ia turut mendapat khidmat kuasa daripada bateri dan sistem keseluruhan terletak di bahagian sut pada paras dada.

Projek mengambil masa selama tiga tahun itu mendapat khidmat rekaan dan pembangunan daripada penerjun serta skydiver dari Austria, Peter Salzmann.

Dia yang menguji sut sayap tersebut memberitahu penerbang akan merasai pengalaman daya pecutan membenarkan mereka terbang pada kelajuan melebihi 300 km/j.

Semasa ujian dilakukan, Salzmann dan dua lagi penerjun diterbangkan pada ketinggian 3,000 meter sebelum terjun dari helikopter.

Menurut BMW, sut sayap elektrik terbabit membolehkan Salzmann memecut lebih pantas berbanding dua rakannya yang menggunakan sut biasa melintasi puncak gunung curam.

Pendedahan sut sayap berkenaan merupakan sebahagian daripada pengenalan acara #NEXTGen BMW yang akan memperkenalkan iNext.

Crossover elektrik berkenaan akan diperkenalkan pada 11 November dan diikuti model MINI misteri. – carscoops

Google ads
Back to top button