
BEKAS PELAJAR MRSM ULUL ALBAB KOTA PUTRA, FAKHIRAH KINI JURUTERA TESLA DI AS
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Kota Putra, Besut, Terengganu, Fakhirah Khairuddin kini menjadi jurutera di syarikat automotif gergasi, Tesla di Amerika Syarikat (AS).
Menurut hantaran Facebook, Dr. Zulkifli Hussain, Fakhirah merupakan pelajar Batch Pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra.
“Setelah tamat pengajian di MRSM, beliau mengikuti BS Aerospace Engineering 19′, University of California San Diego (Tajaan MARA) dan kemudiannya MS Mechanical Engineering 21′, University of California San Diego (Tajaan University).
“Beliau kini menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla.
“Tahniah Fakhirah Khairuddin atas kejayaan anda. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan anda. Teruskan menabur bakti dan kepakaran walaupun di mana anda berada,” tulis Dr. Zulkifli.
Beliau menambah sesungguhnya anda adalah salah seorang produk MRSM yang sangat membanggakan.
Katanya, semoga ilmu yang dipelajari sebagai pelajar MRSM Ulul Albab kekal tersemat dalam diri anda. – FB Dr. Zulkifli/FB MARA
- BACA: TESLA SUDAH TERIMA LEBIH 1.25 JUTA PRA-TEMPAHAN CYBERTRUCK!
- BACA: TEKNOLOGI KERETA PANDU SENDIRI TESLA KELIRU DENGAN BULAN, PAPAN TANDA & IKLAN BURGER KING
- BACA: TESLA DAN SAMSUNG TANDATANGANI PERJANJIAN BERNILAI RM1.8 BILION. BEKALKAN KAMERA UNTUK CYBERTRUCK
- BACA: HACKER DEDAHKAN BAGAIMANA KERETA TESLA “MELIHAT” DI ATAS JALAN RAYA









