Buletin

NISSAN SAHKAN GT-R NISMO 2022 HABIS TERJUAL. SPECIAL EDITION, WARNA KELABU JADI PILIHAN

Nissan GT-R Nismo 2022 mula didedahkan pada bulan April lalu dengan penawaran dua varian standard dan Special Edition terhad kepada 300 unit sahaja.

Bagaimanapun, selepas tiga bulan, Nissan tidak lagi menerima tempahan jentera terbabit apabila ia habis terjual.

Syarikat Jepun itu mengesahkan 99 peratus pelanggan memilih GT-R Nismo Special Edition berbanding varian standard.

Bahkan, separuh daripada para pelanggan memilih warna baharu kelabu (Nismo Stealthy Gray).

GTR-Nismo mendapat khidmat enjin 3.8 liter turbocharge berkembar yang mampu menjana kuasa mencecah 592 hp dan tork 652 Nm.

Varian Special Edition dilengkapi piston ring khas, sambungan rod, crankshaft, flywheel, crank pulley dan valve springs dialled in.

“Kami mengambil pendekatan holistik, mencari prestasi yang tepat melalui keseimbang komponen enjin dan mengurangkan berat jentera.

“Selain itu, penampilan GT-R turut mengalami perubahan untuk memberi keseimbang kuasa, prestasi dan mengujakan kepada pelanggan,” kata Ketua Pakar Produk GT-R, Hiroshi Tamura. – carscoops

Google ads
Back to top button