
HACKER DEDAHKAN BAGAIMANA KERETA TESLA “MELIHAT” DI ATAS JALAN RAYA
Kadang kadang kami tertanya – tanya bagaimana sebenarnya imej yang dilihat oleh unit prosesan ECU Tesla sewaktu berfungsi dalam mode autopilot. Adakah radar dan sensor menghantar imej yang dilihat sama seperti mata manusia? Adakah imej ini jelas dan bagaimana keyakinan kita terhadap imej yang dihasilkan oleh sensor dan radar?
Baru-baru ini, seorang hacker berjaya memecah kod perisian imej Tesla dan memuat turun data daripada kereta Tesla miliknya yang dilengkapi pakej pemanudan sendiri. Imej janaan komputer tersebut mampu menjana persepsi jarak dan kedalaman seperti mata manusia
Tesla juga telah melangkah maju dalam teknologi pandu sendiri dengan mengenepikan sensor radar dan menggunakan kamera yang berasaskan imej janaan komputer. Langkah tersebut adalah berbeza daripada pesaingnya yang lain yang menggunakan radar dan Lidar (Light Detection & Ranging)

Elon Musk mengatakan pengenalan kamera ini adalah satu langkah bagi mencapai tahap tertinggi keupaan kereta pandu sendiri. Antara masalah tidak menggunakan radar pada kereta ialah ECU gagal mengesan jarak dan kedalaman objek, namun Tesla yakin teknologi kamera mereka mampu mengatasi masalah ini
Hacker yang hanya mahu dikenali dengan nama Green berjaya memecah masuk dalam perisian kereta tesla miliknya dan memuat turun data dalam bentuk video selama 6 saat. Green mendedahkan imej janaan komputer ini datang daripada 1daripada 8 kamera baru yang digunakan oleh Tesla