
CIS RUPANYA DODGE CHARGER DOM FAST & FURIOUS PAKAI SUPERCHARGER PALSU – KENA GAME LAGI
Filem, siri TV dan animasi memang memberi ilham dan semangat yang lain macam untuk peminat kereta. Tengoklah AE86 tu,mencanak terus popularity selepas dipopularkan budak penghantar tofu dalam siri manga Initial D. Itu belum campur fenomena modifikasi yang semakin rancak selepas kemunculan filem pertama The Fast and The Furious (TFaTF). Nasib baik abang tak pasang lampu kalimantang hijau bawah kereta Iswara Surbo abang dik.

Ini kisah kereta otot lejen dari filem TFaTF la ni. Alah Dodge Charger si Dominic Botak yang mempunyai supercharger bersaiz mega kat atas bonet tu. Siap mengaum sampai bergegar seluruh badan dan bila minyak ditekan terus buat aksi wheelie macam mat rempit kena kejar dengan tok batin bawak sumpit.
Hish, tak sangka rupanya Charger tu pakai supercharger palsu. Fake dik. Dia main lekat kat atas penutup bonet macam tu je. Perkara ini didedahkan oleh Craig Lieberman yang merupakan penasihat teknikal untuk dua filem terawal F&F. Boleh tonton video dari Lieberman mengenai hal ini.

Dalam filem tersebut terdapat adegan Dom menunjukkan enjin 445 pada Charger tersebut dalam satu adegan dalam garaj. Ia bukannya enjin yang sama dan enjin tersebut kemudiannya dikembalikan terus ke kedai enjin selepas rakaman dibuat.
Peminat yang teliti mungkin perasan Dodge Charger yang terbalik dalam adegan akhir mempunyai penutup tali sawat yang memusingkan supercharger tersebut. Penutup tu sebenarnya untuk menutup tali sawat yang sebenarnya tiada!
Hampeh sungguh rasanya bila dapat tahu yang supercharger fake memang tak bersambung langsung dengan enjin. Kira sama dengan kawan-kawan korang yang pakai sunroof dummy kat luar sana. Membazir duit betul.
Tapi dah namanya wayang kan? Mana ada seratus peratus kebenaran. Janji menghiburkan, tak gitu Brian Paan de Besuto?









