Artikel Pilihan

GENERAL LEE TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DI MISSOURI

‘General Lee’ merupakan Dodge Charger yang paling popular dalam siri TV sejak sekian lama. Peminat Duke of Hazzard mesti kenal sangat la dengan Charger berwarna oren ni. Terbaru, Charger oreng ini telah terlibat dalam satu kemalangan di Missouri dan ia memang merupakan kereta yang sama digunakan dalam siri TV popular tersebut. Pemandu dan seorang penumpang mengalami kederaan dan dikejarkan ke hospital. Bukan adik beradik Duke yang memandu okey.

Siasatan selepas kemalangan mendapati puncanya ialah memandu terlalu laju dalam keadaan jalan yang kurang sesuai. Ia mengakibatkan pemandu hilang kawalan seterusnya menyebabkan kemalangan. Sehingga kini belum ada sebarang pertuduhan dikenakan kepada pemandu. Nak tunggu diorang sihat dulu kot?

Gambar-gambar yang disiarkan oleh jabatan bomba tempatan menunjukkan kereta tersebut telah terbabas dan melanggar pokok. Kerosakan bahagian hadapan boleh dikatakan agak teruk dan tidak mustahil enjinnya pun jahanam sama sekali.

Ia masih boleh diselamatkan tapi kosnya memang akan menyebabkan pemiliknya menggaru satu badan. Itulah lain kali jangan perasan macam hero siri TV memandu. Alah macam korang yang acah-acah Takumi la padahal bawa Axia kompang.

Menariknya menurut jabatan bomba, ini bukan replika General Lee yang memang bersepah kat AS tapi ia merupakan unit asal yang dihasilkan khusus untuk penggambaran Dukes of Hazzard. Siri TV asal ditayangkan di CBS dari tahun 1979 hingga 1985 dan diikuti oleh filem Hollywood pada tahun 2005.

Memang banyak unit kereta ini dihasilkan untuk penggambaran dan banyak juga yang musnah. Namun ada beberapa unit yang terselamat dan kemudiannya dijual kepada pengumpul persendirian.

Dodge Charger oren dengan grafik 01 ni memang lejen di skrin dan di layar perak tapi ianya juga pernah menimbulkan kontroversi kerana mempunyai grafik bendera Konfederasi pada bahagian bumbungnya.

Google ads
Back to top button