Motosikal

TAYAR HADAPAN TERSANGKUT IGUANA, KEPALA PENUNGGANG BASIKAL KENA JAHIT

Seorang lelaki yag menunggang basikal di Florida, Amerika Syarikat cedera selepas seekor iguana secara tiba-tiba melompat ke arahnya. 

Dia yang berusia 66 tahun memberitahu insiden itu berlaku ketika dia mengayuh basikal di kawasan Crane Point Hammock sebelum seekor iguna berwarna hijau keluar dari semak dan tersangkut pada bahagian fork dan tayar hadapannya.

Akibatnya, roda basikal tersebut tersekat dan dia terhumban ke hadapan. 

Menurut polis Monroe County, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala, bahu dan kaki kanan. Dia kemudian dihantar ke hospital berhampiran dan terpaksa menerima beberapa jahitan di dahi. 

Foto yang dikongsi oleh polis menunjukkan iguana itu bersangkut pada tayar. Mangsa dilaporkan stabil, tetapi iguana berkenaan tidak bernasib baik. 

Ini bukanlah kemalangan pertama melibatkan iguana. Sebelum ini, sebuah kereta berhenti secara tiba-tiba di lebuh raya untuk mengelak daripada melanggar seekor iguana.

Malangnya, sebuah trak melanggar dari arah belakang menyebabkannya ia dirempuh pula oleh kenderaan lain dari arah bertentangan. 

Google ads
Back to top button