Motosikal

EKZOS, SWINGARM ANTARA 14,000 KOMPONEN ‘MODI’ MOTOSIKAL DILUPUSKAN

Polis Kedah telah melupuskan lebih 14,000 komponen ubah suai motosikal dari tahun lepas sehingga kes terbaru. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Traik (JSPT) negeri, Supt Abdel Nasser S. Salleh, komponen yang dirampas dan dilupuskan itu melibatkan ekzos, swingarm, enjin, karburetor, ECU, tayar dan pelbagai aksesori lain. 

Menariknya, daripada jumlah itu, ekzos merupakan komponen tertinggi dengan 6,970 unit diikuti swingarm dengan 5,183 unit. 

“Pelupusan ini telah mendapat arahan daripada mahkamah dan dilakukan dalam beberapa fasa menggunakan jentera penggelek jalan, bagi memastikan aksesori itu tidak boleh digunakan semula,” jelas Abdel Nasser.

Dalam pada itu, Abdel Nasser menegaskan orang ramai bahawa tindakan mengubah suai motosikal sehingga melanggar peraturan adalah tidak dibenarkan. – SINAR HARIAN

Google ads
Back to top button