" "
Artikel Pilihan

BINTANG SEBENAR FILEM GONE IN 60 SECONDS BUKANNYA PARA PELAKON – HABIS TU SIAPA?

Gone in 60 Seconds mungkin merupakan antara filem berkisarkan kereta yang paling berjaya. Walaupun ia tentang pencuri kereta tapi kereta-kereta yang ditampilkan memang sangat-sangat-sangat menarik. Dan antara fakta yang paling menarik ialah setiap kereta diberi nama timangan yang tersendiri. Semua nama perempuan pula tu.

Nama-nama ini merupakan kod rahsia antara pencuri kereta. Ye lah kalau cakap betul-betul kan nanti bocor pulak rahsia. Ini bukan drama Megah Holdings.

Inilah kehebatan filem ini yang memamparkan 50 buah kereta paling menarik di atas muka bumi dan kesemuanya dipilih dengan teliti oleh penerbit dan pengarah filem ini.

Ia bukan satu tugas mudah dan penerbit filem ini, Jerry Bruckheimer dan pengarah, Dominic Sena terpaksa memerah otak untuk memilih kereta yang paling disukai ramai dan bertepatan dengan jalan cerita. Panjang weh proses ni.

Mula-mula mereka survey dulu kereta-kereta paling best kat dunia ni dan jenis-jenisnya seperti kereta-kereta muscle, supercar eksotik dan kereta klasik. Mereka turut menemubual peminat-peminat kereta dan pengumpul untuk memilih kereta yang paling menarik untuk muncul di layar perak.

Langkah seterusnya ialah sesi ‘uji bakat’ untuk memastikan kereta-kereta yang dipilih sesuai berada di depan kamera. Ia mestilah nampak cool sepanjang beraksi dalam filem ini.

Akhir sekali semestinya kemampuan untuk memperolehi kereta-kereta tersebut. Ini kerana sesetengahnya memang sukar untuk diperolehi dan sesetengah lagi memang bersepah macam Alza Abang Japar.

Logistik pun kena fikir sekali. Ye lah bukan senang nak angkut kereta-kereta yang banyak tu ke lokasi penggambaran. Itu belum fikir tempat simpanan dan macam mana nak shoot video kejar-kejar supaya nampak real.

Proses memilihnya memang sangat sukar tapi akhirnya muncullah model-ikonik dalam dunia filem bertemakan automotif. Ada ke yang tak tengok lagi cerita ni? Sendulah korang kalau belum pernah tonton.

Senarai lengkap kereta-kereta dalam filem ini

  • 1950 Mercury Custom – “Gabriela
  • 1953 Chevrolet Corvette – “Pamela
  • 1956 Ford T Bird – “Susan
  • 1957 Chevrolet Bel Air Convertible – “Stefanie
  • 1957 Mercedes Benz 300 SL/Gullwing – “Dorothy
  • 1958 Cadillac Eldorado Brougham – “Patricia
  • 1959 Cadillac Eldorado – “Madeline
  • 1961 Porsche Speedster – “Natalie
  • 1962 Aston Martin DB1 – “Barbara
  • 1964 Bentley Continental – “Alma
  • 1965 Pontiac GTO – “Sharon
  • 1966 Shelby AC Cobra – “Ashley
  • 1967 Chevrolet Corvette Stingray Big Block – “Stacey
  • 1967 Ferrari 275 GTB4 – “Nadine
  • 1967 Shelby Mustang GT500 – “Eleanor
  • 1969 Chevrolet Camaro Z28 – “Erin
  • 1969 Dodge Daytona – “Vanessa
  • 1969 Plymouth Roadrunner – “Jessica
  • 1971 DeTomaso Pantera – “Kate
  • 1971 Plymouth Hemi Cuda – “Shannon
  • 1987 Ferrari Testarosa – “Rose
  • 1988 Porsche 959 – “Virginia
  • 1994 Lamborghini Diablo SE30 – “Gina
  • 1994 Jaguar XJ 220 – “Bernadene
  • 1995 Ferrari 355 B – “Diane
  • 1997 Ferrari 355 F1 – “Iris
  • 1997 Porsche 911 Twin Turbo – “Tanya
  • 1998 Dodge Viper Coupe GTS – “Denise
  • 1998 Mercedes Benz SL 600 – “Ellen
  • 1998 Toyota Supra Turbo – “Lynn
  • 1999 Aston Martin DB7 – “Mary
  • 1999 Bentley Arnage – “Lindsey
  • 1999 Bentley Azure – “Laura
  • 1999 Cadillac Escalade – “Carol
  • 1999 Ferrari 550 Maranello – “Angelina
  • 1999 HumVee 2 Door Pickup – “Tracy
  • 1999 Infiniti Q45 – “Rachel
  • 1999 Jaguar XK8 Coupe – “Deborah
  • 1999 Lexus LS 400 – “Hillary
  • 1999 Lincoln Navigator – “Kimberley
  • 1999 Mercedes Benz CL 500 – “Donna
  • 1999 Mercedes Benz S 600 – “Samantha
  • 1999 Porsche 996 – “Tina
  • 2000 Cadillac Eldorado STS – “Daniela
  • 2000 Ford F350 4×4 modified pickup – “Anne
  • 2000 GMC Yukon – “Megan
  • 2000 Porsche Boxster – “Marsha
  • 2000 Rolls Royce Stretch Limousine – “Grace
  • 2000 Toyota Landcruiser – “Cathy
  • 2000 Volvo Turbo Wagon R – “Lisa
Google ads
Back to top button