FILEM TENTANG BUGATTI BAKAL DIHASILKAN SEDIKIT MASA LAGI – MESTI PECAH PANGGUNG PUNYA
Selepas kejayaan filem Lamborghini: The Man Behind the Legend (2022) dan Ferrari (2023), produser filem dari Itali, Andrea Iervolino kini sedang dalam proses menyiapkan filem biopic automotif terbaru beliau. Watak yang menjadi fokus utama ialah Ettore Bugatti, pengasas dan CEO pertama Bugatti.
Tajuk sebenar file mini belum diputuskan lagi tetapi akan bermula dari awal zaman remaja Ettore Bugatti sehinggalah syarikat Bugatti diasaskan pada tahun 1909. Filem ini difokuskan pada zaman kebangkitan syarikat ini pada awal 1900 dan suka duka yang dialami Etoore selepas kematian anak lelakinya pada tahun 1939.
Lokasi penggambaran ialah sekitar Perancis dan Itali dan akan bermula awal 2025. Ia akan dibarisi aktor-aktor antarabangsa dan sama seperti filem Lamborghini dan Ferrari sebelum ini, ia akan menggunakan bahasa Inggeris.
Kejayaan filem Lamborghini dan Ferrari jelas membuatkan Iervolino merasa teruja untuk memperkenalkan seorang lagi ikon automotif global ke layar perak. Bugatti adalah lambang kesungguhan dan inovasi dari pengeluar kereta mewah paling ikonik sepanjang zaman.
Iervolino belum menamakan pengarah ataupun pelakon-pelakon yang bakal terlibat dengan file mini. Sebelum ini Adam Driver memainkan watak utama filem Ferrari dan Frank Grilo dalam filem Lamborghini.
Filem ketiga Iervolino juga bakal memulakan produksi dalam tahun 2025 bertajuk Maserati: The Brother. Ia bakal diarahkan oleh pemenang Oscar Bobby Moresco dan menampilkan Anthony Hopkins dan Michele Marrone sebagai watak utama.
Makin banyak filem berkisarkan automotif bakal menemui kita semua antaranya ialah filem tentang Matchbox, pembikin kereta mainan yang bakal dibintangi oleh John Cena. Apasal tak ambil Abang Japar je, lagi murah kot kosnya.