FF9 PICTURES DIDENDA RM4.6 JUTA GARA-GARA PELAKON LAGAK NGERI ALAMI KECEDERAAN SERIUS
FF9 Pictures, anak syarikat Universal Pictures yang bertanggungjawab menghasilkan Fast & Furious 9: The Fast Saga, telah didenda sebanyak AS$1 juta ((RM4.6 juta) selepas seorang pelakon lagak ngeri mengalami kecederaan serius semasa penggambaran.
Insiden tersebut berlaku di set penggambaran, di mana pelakon lagak ngeri, Joe Watts, sedang melakukan adegan pergaduhan.
Menurutnya, Watts dilemparkan ke atas bahu kiri individu lain sebelum tali keselamatan tertanggal dan akibatnya, dia jatuh 25 kaki di atas balkoni dan mendarat di atas konkrit.
Seorang Hakim di Mahkamah Majistret Luton mendedahkan bahawa wayar yang digunakan tidak diperiksa dan berkata ia “menghairankan” tikar keselamatan tidak diselaraskan untuk penggambaran.
Tambah beliau lagi, Watts “bernasib baik kerana masih hidup” selepas kejadian itu.
Beliau juga mengatakan FF9 Pictures “tiada sistem untuk menyemak semula bahawa pautan telah disambungkan dan diketatkan dengan betul”.
Melalui laporan BBC, FF9 Pictures mengakui kegagalan kesihatan dan keselamatan di mahkamah lewat minggu lalu.
Inspektor HSE, Roxanne Barker menambah, “kecederaan Watts telah mengubah hidup dan dia boleh terbunuh kerana insiden itu. Dalam kerja lagak ngeri, ia bukan tentang mencegah terjatuh tetapi meminimumkan risiko kecederaan.”
- BACA: PELAKON ‘FAST & FURIOUS’ BAKAL ARAH FILEM ‘INITIAL D’
- BACA: FILEM KEJAR MENGEJAR KERETA TERBAIK DI DUNIA – IA BUKANNYA FAST AND FURIOUS
- BACA: SAKSIKAN AKSI TOM CRUISE LAKUKAN DRIFT DENGAN SEBELAH TANGAN DALAM FILEM TERBARU – CAYALAH PAKCIK
- BACA: KENAPA FILEM FAST&FURIOUS TIDAK LAGI BERLATARBELAKANGKAN PERLUMBAAN? KENAPA PERLU KE ANGKASA LEPAS?