
PERMAINAN VIDEO OUTRUN BAKAL TERIMA SENTUHAN MICHAEL BAY – KLASIK BETUL NI BOH
Outrun merupakan antara permainan video berasaskan perlumbaan kereta paling awal pernah diperkenalkan. Ia dihasilkan oleh Sega pada tahun 1986 dan kini ia bakal diadaptasi dalam bentuk filem. Pengarahnya pun bukan calang-calang kerana nama Michael Bay disebut sebagai bakal pengarah dan bergandingan dengan Sydney Sweeney sebagai penerbit.

Trend keluarkan filem berasaskan dari permainan video ini bukannya baharu tapi agak popular. Ia bermula dengan Mortal Kombat diikuti oleh Tomb Raider, Resident Evil dan Street Fighter. Permainan berasaskan permainan kereta yang diadaptasi ke filem pula ialah Need For Speed (2014) dan terbaru sekali ialah Gran Turismo yang dibintangi oleh pelakon terkenal Orlando Bloom dan David Harbour.
NFS dan Gran Turismo tu memang ramai antara korang yang kenal tapi bagaimana dengan OutRun? Ia dah kira permainan vintaj kerana mula diperkenalkan hampir 40 tahun dahulu. Memang ia sentiasa dinaik taraf tapi kalau korang tengok grafik asal yang masa kami muda remaja dulu memang tak masuk akal la. Macam mana la kami boleh tertarik untuk main dulu-dulu.

Ini antara permainan yang agak mudah di mana pemain memandu sebuah Ferrari Testa Rossa di lebuh raya dan mesti mengelak aliran trafik yang tidak menentu. Matlamat utama semestinya untuk membuat catatan masa yang paling pantas.
Permainan asalnya hanya boleh dimainkan di arked permainan video sebelum Sega mengeluarkan untuk Sega Master System pada tahun 1987. Platstation pun tak wujud lagi pada zaman tersebut.
Laporan mengenainya jalan cerita belum dapat dipastikan tapi Jayson Rothwell disebut bakal terpilih sebagai penulis skrip. Toru Nakahara (penerbit filem Sonic) sebagai penerbit dan Shuji Utsumi, presiden dan COO Sega akan bertindak sebagai pemerhati dalam projek filem ini.

Kalau diikutkan ia bakal meletup kerana Michael Bay berpengalaman mengarahkan filem berkisarkan kereta dalam dua filem pertama Bad Boys dan lima filem pertama Transformers. Kira terer juga Michael Bay kalau bab aksi kejar mengejar ni.
Tunggu je lah nanti tengok kat panggung kalau dah siap. Harap-harap gempak habis la.