Buletin

BMW M850i XDRIVE COUPE 2022 KINI DI MALAYSIA. 2 PILIHAN WARNA, 530HP V8, RM1.1 JUTA SAHAJA

BMW Malaysia baru-baru ini memperkenalkan beberapa penambahbaikan pada BMW M850i xDrive Coupé yang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018. 

Jentera itu kini dilengkapi cermin sisi M, emblem M dan pencahayaan Iconic Glow pada gril kidney yang merupakan sebahagian daripada pakej M Performance.

Bahagian sisi diserlahkan dengan rim aloi 895 M bersaiz 20 inci dua tona yang dibalut oleh tayar berprestasi tinggi. Tidak ketinggalan, angkup brek berwarna hitam berkilat untuk kelihatan lebih sporty. 

Ruang kabin BMW M850i xDrive Coupé MY Edition pula hadir dengan paparan kawalan beresolusi tinggi berukuran 12.3 inci.

Tempat duduk M didatangkan sebagai standard untuk pemandu dan penumpang hadapan. Kemasan gentian karbon M pada kabin nyata membuatkan embien lebih sporty. 

Untuk keselesaan maksimum, sedan itu dilengkapi sistem pendingin hawa dua zon. Selain sistem bunyi keliling premium Bowers & Wilkins Diamond. 

Sedan itu ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu kelabu dan biru metalik. Manakala uplholsteri dalaman pula terdiri daripada kemasan kulit Merino bersama pilihan warna hitam, coklat, putih, biru dan merah.

Sedan itu dijana oleh enjin V8 berkuasa 530hp dan tork 750hp yang dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan automatik Steptronic Sport. Padanan rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.9 saat.

Walaupun begitu berkuasa, penggunaan bahan api cuma sekitar 10.5 liter bagi setiap 100km.

Melalui pelan pembiayaan Straight Line daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M850i xDrive MY Edition boleh anda miliki dengan bayaran bulanan RM12,797 (berdasarkan kepada pinjaman 80 peratus untuk lima tahun). 

Pelanggan akan menerima pengalaman pemilikan premium BMW Group Malaysia yanhg merangkumi jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, servis percuma, bantuan tepi jalan, hotline kemalangan, Kad Keistimewaan BMW dan banyak lagi. 

Jika berminat, BMW M850i xDrive MY Edition ditawarkan pada harga RM1,102,800 seunit. 

GALERI

Google ads
Back to top button